Wednesday, 17 July 2019

Part 1: Sekali ujian JPJ dah lulus! Ini pengalaman ambil lesen kereta manual fuh!

Ok nak start dari mana dulu ni? 

Wawa seronok sangat nak share pengalaman ambil lesen di usia 25 tahun ni! Selagi fresh dalam ingatan, wawa akan share dekat blog wawa. Sekurangnya dapat juga orang lain rasa sekali apa yang wawa rasa sepanjang hari TEST JPJ! (Gurauuuu)

Lambatnya ambil lesen? Baru sampai seru. haha


Tak kisah la di saat ramai yang da ambil lesen kereta seawal belasan tahun, wawa pula hari ini baru genap 2 bulan dapat lesen memandu P. Maka terlekatlah sticker P di semua kereta yang ada dekat rumah. Berasap je umi dengan daddy. :P




BETTER LATE THAN NEVER

Oh sebelum itu....Mungkin wawa akan buat 2 post berkenaan Pengalaman Ambil Lesen Memandu. Post pertama ini wawa akan share dari A to Z la sepanjang wawa ambil ujian JPJ  dan post kedua pula tips cepat faham/ belajar bagi golongan yang memang tak pernah drive kereta langsung macam wawa! 


OK. Jom kita mulakan!


Tahu tak, yang wawa tak tahu sangat pasal RSM (Rutin Sebelum Memandu) Cikgu wawa ajar masa pagi sebelum QTI. Maka itulah kali pertama wawa tahu dan kali kedua pula hafal malam sebelum ujian JPJ. Bayangkanlah malam tu google RSM sekali panjang dia punya nota. So wawa seorang yang gigih, malam sebelum exam boleh hafal satu buku takkan RSM tak boleh hafal? (Padahal nervous). Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara saat akhir seperti wawa. Korang silalah hafal RPK dan RSM lebih awal, jangan malam sebelum ujian sebab esoknya korang akan tergagap-gagap. Trust me. 



BERMULALAH KISAH BENAR
Kita semua suka baca tips tapi realitinya macam-macam unexpected things happen, tak tahulah nak gelak ke nak nangis.



1. DATANG AWAL PAGI!

Kenapa kena datang awal? Pagi tu sebelum ujian akan ada taklimat daripada Pegawai JPJ.Contohnya, dekat bukit boleh buat dua kali percubaan selagi tak angkat tangan atau hon, then dekat mana kena hantar borang dan banyak lagi. Malang sekali, agent wawa yang hantar wawa lambat. Jadi daripada banyak-banyak info yang diberikan, itu je wawa dapat dengar sebab tercungap-cungap kot. GERAM kita siap awal still sampai lambat. Alhamulillah, akak sebelah ada tolong explain sikit-sikit. Please datang awal, bagi wawa segala taklimat ini sangat penting dan berguna. Haaa disebabkan datang lewat, bila taklimat ringkas tu habis barulah wawa dapat register untuk ambil Pass Nombor Giliran. Wawa nombor 72. So di hari Jumaat, saya calon yang ke 72, apa yang anda expect? 

Inilah nombor bertuah wawa tu :p
D = Manual
DA = Auto  


2. BERATUR UNTUK AMBIL BORANG
Korang dah dapat Pass Nombor Gilliran tadi sila pakai dan beraturlah dengan segera, kalau tak berdesinglah sikit telinga bila kena tegur dengan Tuan JPJ. So alert ya. Dekat sini kena keluarkan IC dan lesen L rasanya. Wawa tak berapa ingat, cuma borang yang korang dapat ini korang akan pegang sepanjang hari sampai habis ujian litar. Borang itu yang akan ada keputusan lulus atau gagal. 

3. UJIAN RPK PALING LAJU!
Nombor giliran pun 72, sah-sah la wawa tergolong dalam kumpulan terakhir buat RPK. Haha Ok daripada banyak-banyak part sebenarnya wawa paling nervous buat RPK. Rutin Pemeriksaan Kenderaan kot!

Wawa tak pernah buka dan kenal segala komponen dalam bonet hadapan dan enjin bagai! First time masa cikgu ajar sekali, second time tengok gambar dalam google, third time masa ujian JPJ. Wehhh belajar kereta axia, ujian dapat pula kereta viva. Masak tak kenal komponen dah. Serius masa giliran wawa, lama betul wawa tenung segala komponen berharap apa yang wawa jumpa dan cakap tu betul la. 

Oh Tuan JPJ boleh gurau:-

JPJ:" Betul ke apa yang awak jumpa tuuu?"
Wawa:"Betul..."JPJ:"Mana tahu betul?"
Wawa: "Cikgu saya ajar.heeee'
JPJ: Senyum sambil tanda dekat borang...

Ujian RPK cepat je sebab dia suruh cepat. Bagi wawa, bagus sangatlah dipercepatkan sebab wawa sendiri dah tersasul-sasul dah. Mana yang kena ulang cakap contohnya part tayar dan pintu tu skip. Tapi korang kalau dia tak suruh skip jangan pandai-pandai skip pula ye. 



4. Ujian litar (Bukit): Tenang, buat apa yang seperti cikgu ajar.
Dimulakan dengan bukit, parking sisi, tiga penjuru, selekoh S dan last sekali selekoh Z. Ujian dalam litar pakai kereta axia, jadi kita pun tahu kondisi axia macam mana dan sepanjang belajar pun memang cikgu guna kereta axia. Selesa je drive. Masa nak medaki bukit wawa 100% fokus dan ikut cara yang cikgu ajar. Tak memandai dan tak ragu-ragu. Wawa ingat pesan cikgu, " Setiap tindakkan kita buat dengan ilmu" Bila kita yakin, tenang dan ingat apa yang cikgu ajar. Alhamdulillah, tak undur belakang. Semuanya smooth. Lain cikgu, lain caranya. Ada beberapa calon yang sempat wawa borak, gagal di bukit. Jadi make sure, korang minta tips daripada cikgu ok? Cikgu wawa tak ajar tengok RPM semua tu.. Totally minyak dengan clutch je. Sambil menggunakan deria telinga dan rasa. huhu


5. Ujian litar (Parking Sisi): Ini lawak!

Turun je bukit terus bagi signal kiri, untuk parking sisi pula. Keluar kereta depan, Wawa terus masuk. Then ikut kiraan seperti yang cikgu ajar, relax-relax pun gelabah juga. Tapi mulut sebut juga biar tak lupa dah berapa step wawa buat. Fokus sangat....

Sekali wawa terdengar bunyi hon yang panjaaaaaaaaaaang... Bunyi hon siapa tu?


Rupa-rupanya tangan wawa masa tahan stereng untuk reverse tu tertekan hon sekali. Weh patutnya bunyikan hon bila dah siap parking, ni kereta tengah senget lagi tak masuk petak pun lagi. HAHA (T__T) 


Maka datanglah Tuan JPJ:-JPJ: 

"Eh, kenapa hon? Cepatnyaaaa..." 
Wawa: "Eh tak tak...tangan saya tertekan hon. heee"
JPJ: "Ingatkan dah siap tadi..." 

Dia pun terus bagi ruang untuk wawa sambung selesaikan parking. Legaaaa. Walaupun wawa ni macam mengundang jugalah. Terus jadi perhatian. Tapi walaupun banyak-banyak kereta buat dalam masa serentak. Korang jangan ingat JPJ tak perasan tau kalau korang buat silap. Wawa pun selesai parking. Hon dan angkat tangan. JPJ check dan bagi arahan keluar.


6. Maka selesailah bukit, parking sisi dan tiga penjuru.

 Wawa pergi ke pondok JPJ untuk dapatkan keputusan. Kemudiannya, ambil kereta balik dan drive terus untuk ujian selekoh S dan selekoh Z. Settle. Hantar kereta dekat tempat yang ditetapkan. Jalan kaki ke pondok JPJ lagi satu untuk ambil borang. Alhamdulillah, semuanya lulus. Wawa tak tengok markah pun, asalkan lulus sudah. Kemudiannya, borang tadi tu wawa bawa dan berikan kepada pegawai JPJ yang tunggu di tempat pendaftaran pertama pagi tadi. Kalau korang pening, berapa banyak kali pergi pondok. Tak apa, kat sana korang akan dapat petunjuk yang jelas. hihi


7. Ujian jalan raya. Penantian yang menyiksakan, tetapi sebenarnya indah.

Bayangkan daripada tengahari wawa tunggu giliran dipanggil JPJ. Rupanya, giliran wawa akan sambung lepas solat Jumaat. Ok la tu, masa ni bulan puasa. Jadi sangat letihlah, wawa pun berehat dulu dalam surau. Kemudian, sambung pukul 2.30 petang rasanya. Sekali lagi, nombor wawa tak dipanggil, nak dekat petang dah. Penat ya amat! Tapi sambil tunggu giliran, calon pun dah makin berkurang. Maklumlah, kita no 72. haha 

8. Baiknya Tuan JPJ! Bersyukur sangat!
Tiba giliran wawa. Jeng jeng jeng.Semangat wawa melangkah masuk kereta, tapi nervous sebab kereta viva. Wawa tak tahu kereta ni macam mana kondisi dia. Adakah semudah bawa axia?

JPJ: "Nampak letih je.."

Wawa: "Aaah, tapi tuan mesti lagi letih kan?"
JPJ: "Itulah, kamu orang yang terakhir" Sambil buka cermin mata hitam dia. Oh nampaklah letih tu. Tanpa berlengah, Wawa pun nak buat RSM.
JPJ:"Tak perlu cakap untuk RSM, buat je"

So dah mudah dekat situ. Sebelum drive, dia interview wawa:-
JPJ:"Kamu biasa drive ke dekat luar, cakap betul-betul."
 Wawa:"Tak, saya drive masa dekat sekolah memandu je."
JPJ:"Ok..."

Then wawa pun baru je drive, tak keluar pagar Pusat Memandu lagi.
JPJ:"Kenapa nampak kelam kabut je..."
Wawa: "Sebab stereng kereta ni berat...Tak biasa bawa viva. Axia lembut lagi" Hish tak sangka wawa ni slumber je menjawab. Haha

Sepanjang wawa drive dia ada bagitau tips dan cara nak jaga clutch biar tak cepat haus rasanya. Entah. Nampak beno wawa drive macam apa kan? Ingat jugalah sikit perbualan masa tu.

Wawa: "Terima kasih Tuan, share tips. Sebenarnya dekat rumah ada je kereta manual, tapi saya tak berani drive kat luar.."
JPJ: "Kenapa?" 
Wawa: "Sebab saya tak nak bahayakan orang lain."
JPJ: "Habis, saya dalam bahaya tak apa?" Maka tergelaklah di situ, iya tak iya juga apa dia cakap. Pandai wawa...pandai sangat alasan tu. (Tepuk dahi)


9. KAMU NAK LULUS KE GAGAL? 

JPJ: 'Kalau gagal boleh jumpa saya lagi, kalau lulus tak jumpa saya dah."
Wawa: "Mestilah saya nak lulus." 

Nervous tau bila kena tanya macam tu. Alhamdulillah, wawa tak buat apa-apa kesalahan mandatori dan kereta pun tak ada mati di tengah jalan. semuanya berjalan lancar, walaupun pada mulanya agak takut sebab keadaan kereta viva tu lain laaaa. (still salahkan viva haha)
Alhamdulillah. LULUS.



10. Wawalah antara orang terakhir balik daripada ujian JPJ. 
Masa tu nampaklah pegawai-pegawai JPJ dah berubah personaliti. Semuanya mesra alam. 

SO. Itulah pengalaman wawa. Apa yang kita rancang tak semuanya berjalan seperti yang dirancang. Contohnya, dah siap awal untuk dengar taklimat. Sekali datang lambat juga. Harapkan RPK Axia, dapat Viva. Jadi antara kumpulan terakhir, penat sangat tunggu giliran dalam cuaca panas dan sedang berpuasa. Rupanya dapat rezeki pegawai JPJ yang peramah dan baik maka hilang segala nervous sepanjang drive. Tahu-tahu dah sampai pintu Pusat Memandu.hihi


============================================

TIPS LULUS!
1. Bersedia dengan ilmu. Tak confident?Ambil la kelas tambahan sebelum ke ujian JPJ. Bagi wawa, rugi kalau gagal sebabnya sepanjang hari ambil ujian JPJ adalah sangat penat. Biarlah penat itu berbaloi dan pulang dengan hati gembira.
2. Macam mana nak confident? Keyakinan itu, kita akan dapat bila kita boleh ingat setiap apa yang cikgu ajar dan bila praktikal kita boleh ikut satu persatu. Bila kita tahu apa kita nak buat, barulah yakin! :)
3. Berdoa tanpa putus. Yakin Allah akan bantu kita dan Allah dengar doa kita. Wawa selalu berdoa agar segalanya berjalan lancar, dapat JPJ yang baik dan lulus. Alhamdulillah Allah bagi. Jangan lupa doa kena seiring dengan usaha.
4. Minta doa daripada ibubapa dan kawan-kawan. 
5. Dengar cakap cikgu dan minta cikgu doakan serta halalkan ilmu yang di ajar. 

=============================================


Buat yang bakal menduduki ujian JPJ, wawa doakan semoga segalanya berjalan lancar, tenang dan dapat Pegawai JPJ yang mesra agar kurang sikit rasa nervous sepanjang menduduki ujian JPJ nanti. Selamat Berjaya! Jika anda gagal, jangan putus asa kerana setiap orang takdirnya berbeza. Teruskan usaha, anda pasti berjaya!


Fresh dari oven!
Sebulan juga tunggu lesen siap.




Nota: Bila dapat lesen. Jadilah pemandu yang menyenangkan hati orang lain juga. Menghormati pengguna jalan raya. Jangan kedekut signal kerana berikan signal adalah percuma. Semoga kita sentiasa selamat di jalan raya. Oh ya, korang ada apa-apa nak tanya? Tinggalkan komen ok! ;)