Thursday 30 May 2013

Hijab yang labuh...




Firman Allah swt:
"Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya: yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani" (Al-Ahzab: 59)



Heliza Helmi...


 Hari ini, eh bukan hari ni je tapi sejak beberapa tahun yang laluuuu... pelbagai jenis design tudung dan selendang boleh kita dapati dipasaran. Lebih menarik lagi setiap jenis tudung tu ada namanya sendiri, contohnya kalau tudung beropol-ropol tu nama ABC, selendang yang jenis cotton namanya DEF, tudung yang awning lembut tu namanya GHI dan macam-macamlah dan dan semestinya nama-nama kat atas tu rekaan saya semata-mata..hewhwe...ikut pada creativity tuan punya bisneslah kan nak bagi nama apa... Tak kesah...kreatifkan bagus!


Tak patut... 
 Persoalannya sekarang, saya rasa sayang sangat-sangat sayang. Mengapalah design hijab yang begitu cantik itu tidak menepati syariat Islam? Ada ke patut design hijab yang ngam-ngam paras dada?! Nanti angin tiup ke apa ke..kan da terselak..Tak cantik kan?? Aurat pun terdedah begitu sahaja. Cuma, bukanlah semua hijab kat Malaysia ni "pendek-pendek" belaka. Ada je butik-butik hijab yang semua design dia menutup dada. Alhamdulillah. Trylah pergi ke seksyen 7 shah alam, memang banyak sangat produk untuk muslimah..pandai-pandailah survey..heee  :)

Pendapat...
 Nak elakkan kaum kita ni daripada pakai tudung,selendang (hijab) yang tak cukup syarat ni senang je, berbalik kepada Tuan punya bisnes.. juallah,designlah hijab yang cantik-cantik tapi dengan syarat labuhkan kain tudung tersebut.. Barulah isu hijab tak cukup syarat ini dapat dibendung. Ini pendapat saya kerana bagi saya setiap perkara yang terjadi berlaku daripada satu titik dan daripada titik itulah menular ke merata tempat.

Saya??
 Ya, saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi saya ada kemahuan iaitu ingin berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lebih baik dari masa ke semasa, sebolehnya saya nak cepat-cepat-cepat berubah tak mahu lambat sebab usia ni panjang ke tidak bukan kita yang tentukan.. :')

Saya memang suka sangat pakai selendang tak kisahlah apa jenis material selendang tersebut. Ikutkan sekarang ni fesyen dengan kaum hawa memang seperti isi dan kuku, tak dapat dipisahkan. Nak try pisahkan? Cubalah kalau berani! =.=' Hakikatnya, saya sendiri suka berfesyen dan tak ada masalah pun sebab saya da bagi tahu tadikan..banyak sangatlah butik yang menyediakan produk muslimah yang ikut syariat Islam, jangan risau. Silalah boikot produk muslimah yang tak cukup syarat itu..  





Lagi labuh lagi bagus!
 Meronta-ronta hati ni nak beli shawl yang labuhnya macam gambar kat atas tu!!! Nak sangat...InsyaAllah saya akan berhijab dengan hijab yang lebih labuh juga, itu kehendak saya sendiri... saya sedang berusaha.. :)

Cadangan butik...
 Ini paling best, kepada yang tak tahu kat manalah nak beli tudung atau selendang yang meletops atau pun anda macam saya yang tak suka beli barang secara dalam talian (online) jadi...Marilah....Jomlah ke alamat ini: Jalan Plumbum Q/7Q Seksyen 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia .

   Sini saya panggil Sek.7 Pusat Shopping Muslimah Terbest..haha *merepek* Ok, antara butik yang saya suka ialah butik Inspirasihana , Sugarscarft , Radiusite , Ariani , Cala Qisya , Allya Mysara , Zawara , dan banyak lagi!! :)


P/s: Yang tertutup itu cantik.. Yang tertutup dan labuh itu cantikdan indah :)


2 comments:

Zubaidah said...

good wawa. thanks for the info regarding the best muslimah shop. tp kat trggnu ade ariani je, tu pown mcm mahal la bg zuby. hehehe. hrmm, mmg sgt byk design and style hijab yg x mengikut syariat. sometimes rasa mcm malu. mereka boleh label something yg x menutup aurat and rambut tu as hijab. sdgkan hijab is something taht should cover our aurat fully, not just our hair. and ikon2 fashion muslimah yg dorg puja2 and pilih sbg cover girl langsung x sesuai dilabelkan sbg muslimah. zuby bg cntoh, yuna. no doubt she's a great singer, tp mendedahkan aurat suara pown dikira berdosa, and dlu dye pakai shawl yg lg sempurna compared to yg dye selalu pakai skrg. Allah SWT x pernah melarang kita nie utk berfashion, tp biar ikut landasan agama. x semestinya pakai tudung mcm jubah, kalo shawl yg kite pakai x jarang, labuh and menutup apa yg wajib ditutup, so it should be fine then. sorry la kak zuby comment byk2 kat cnie, just nk bg pendapat on this hot issue ;D

Mazni Azmi said...

Setuju.. lagi labuh tudung tu lagi bagus