Sunday 4 September 2011

Kenapa Saya Tutup Rambut ..?

Hai...

Pernah tak korang rasa susah untuk pakai tudung? 




 Hari ini saya terdetik untuk menaip sebuah entri mengenai diri saya , macam biasakan... Saya mengaku bahawa saya masih baru memakai hijab... Saya ingin bercerita bagaimana hati saya terdetik untuk menutup rambut saya dari penglihatan orang luar... 

 Saya tidaklah sempurna , masih banyak perlu diperbaiki... sekurangnya saya nekad untuk menjadi seorang yang lebih baik.. Sebelum ini saya masih berpakaian tidak menjolok mata , cuma tidak mengenakan hijab.. 




================================================================






 Naluri saya dalam dunia fesyen teramatlah tinggi.. sehingga saya enggan pakai tudung.. Keluarga sering menasihatkan saya untuk tutup rambut ni... Tapi hati saya memang tak terbuka langsung untuk bertudung.. 

 Bila Ummi suruh saya bertudung... Saya beri alasan bahawa saya tak puas berfesyen... masih banyak lagi fesyen yang belum saya cuba... Saya selalu menunda tarikh untuk bertudung,... boleh pula saya letakkan target bila ingin bertudung??




==================================================================







 Mula pada tahun ini , hati saya rasa gelisah... seperti ada saja yang tak kena dengan penampilan diri... Namun saya biarkan perasaan itu.. 

 Pada suatu hari , saya tak ingat bila masa dan tarikhnya... Saya pergi menziarahi nenek.. Ketika itu .. hati saya memang berniat untuk mengenakan hijab,...

 Saya saja-saja membelek buku-buku lama di dalam almari kecil... Sekali saya terpandang sebuah buku .. tajuknya membuatkan saya begitu tertarik untuk baca buku tersebut.. 1001 Keinsafan (Kisah-kisah Insan Bertaubat) 

 Saya pun minta izin nenek untuk pinjam buku tu..Ya , sampai hari ni saya tak pulangkan lagi..hehe 

 Saya baca dan terus membaca , tiba-tiba saya menangis...kerana kisah-kisah zaman nabi begitu memberi keinsafan dalam diri saya.. Saya pun ceritakan kepada Ummi .. bahawa hati saya tersentuh dengan cerita dalam buku itu.... dan betapa agungnya kekuasaan Allah s.w.t ... sebelum ini saya agak lalai...







  Saya menyesal kerana tidak pernah sedar dari awal lagi... dulu saya begitu bangga dengan imej free hair saya... lepas tu bergaya depan camera dengan pelbagai gaya kemudian upload ke Facebook.. Bila ramai yang komen gambar...hati pun best je... Padahal itu semua bukan perkara baik.. menayangkan aurat untuk tontonan orang....

 Namun bila timbul keinsafan , saya cepat-cepat delete semua gambar saya dalam Facebook tu.. dan tukarkan kepada gambar saya bertudung,,... (sekarang saya dah tutup akaun Fb)

 Seingat saya... saya mula bertudung pada 08/04/2011...  Alhamdulillah.. perubahan penampilan saya di senangi oleh keluarga serta rakan-rakan.... =)




====================================================================




 Saya juga mendampingi buku-buku keagamaan ... bagi saya ..buku-buku keagamaan ini begitu penting untuk saya kuatkan hati serta menjadi pembimbing... Jangan lupa... al-Quran...oh..hati saya tidak puas jika baca tanpa memahami maksudnya... Lalu saya pun beli al-Quran yang disertakan dengan terjemahan... sehingga hari ini... saya meluangkan masa untuk baca terjemah al-Quran...




=====================================================================






 Kawan-kawan juga menjadi salah satu faktor untuk saya menutup rambut.. Bila keluar jalan-jalan , dengan kawan... bayangkan saya seorang je yang tak pakai tudung... yang lain nampak kemas dan cantik dengan tudung serta selendang yang pelbagai gaya...Tak tipu , mula-mula saya rasa mereka ni terlalu awal untuk tutup aurat... Jahilnya pengetahuan saya dahulu...

 Saya bangga dengan kawan-kawan kerana mereka berjaya menolak hasutan dunia yang sementara ini... Kalau kita bertudung , jangan risau kalau-kalau tak boleh bergaya ke apa ke... semua tu sangat kuno belaka ya..






======================================================================



Dulu banyak juga perkara yang saya pertimbangkan... sebelum pakai tudung, itu yang buat saya selalu tertunda untuk memakainya... 

Bukan pertimbangkan apa  sangat... cuma risau tak boleg bergaya semata-mata.. alahai.. apalah saya ni...

Kini saya betul-betul sayangkan penampilan saya yang terbaru... saya tak mahu free hair lagi.. =)

Tapi kita janganlah pandang serong kepada wanita yang free hair... bukan majoriti mereka yang free hair itu jahat atau tak baik perangainya... 

Mereka cuma belum terbuka pintu hatinya untuk bertudung,....perkara ini saya mengaku , tak boleh dipaksa...

Insyaallah mereka akan berubah, cuma tidak tahu...bila waktunya... kita doakanlah supaya terbuka hatinya untuk berubah.. 




===============================================================


Sebelum berhijab : Saya rimas , kenapa orang suka sangat pandang saya.... nak jalan pun susah .! memang jujur saya tak selesa..

Berhijab : Saya rasa lega dan tenang sebab orang tidak merenung saya lama-lama macam dulu... Barulah saya boleh berjalan dengan senang.. walaupun orang masih pandang , namun tak adalah sampai merenung saya macam nak makan !



Nampakkan...bila kita menutup rambut je , diri kita selamat daripada renungan serigala atau buaya yang menakutkan tu =)



=================================================================


















 Bukan mudah untuk kita berubah daripada sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan kita kepada sesuatu yang baru...


 Namun kita perlu yakin bahawa kita boleh lakukan... tak salah kita berubah kepada jalan yang lebih diredhai Allah s.w.t.


 Saya berharap... saya kuat untuk terus ke arah perubahan dari segi fizikal serta rohani.. agar terhindar daripada segala godaan yang melalaikan ...












P/S : segala perkara yang saya taip di atas.. berdasarkan pengalaman diri sendiri....





3 comments:

Zahirah said...

insya Allah dik. alhamdulillah. semoga kita menjadi yang terbaik ye :)

K said...

semoga terus istiqamah ke akhir hayat. teruskan perubahan ke arah kebaikan.

keroro memang menyokong orang yang ingin berubah ke arah kebaikan! :)

cybah :) said...

y Allah wawa...terharu sangat baca ur entry. alhamdulillah wawa adalah antara insan terpilih yg Allah beri hidayah. bukan senang tau nak dapat. I'm very proud of you. very2 proud...semoga kita sama2 dapat terus menerus memperbaiki diri kita ni...<3