Wednesday, 30 May, 2012

Politeknik Merlimau : Masih Berfikir lagi..


Dalam jam 12 tengahari...
Saya sedang online FB..
Tiba-tiba berlaku kebanjiran status mengenai semakan politeknik..
Oh ya! Barulah saya perasan, tujuan utama saya online ialah menunggu masa untuk melihat semakan sebenarnya...

Dengan pantas saya melayari  laman Web kegemaran lepasan SPM iaitu upu.mohe.gov.my 
Saya tidak nervous masa tu...


Klik.....



Loading....


______________________________________________________________________

TAHNIAH!
Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

EHD63 : DIPLOMA PENGURUSAN ACARA 

Pusat latihan : POLITEKNIK MERLIMAU, MERLIMAU.MELAKA

URL SURAT TAWARANhttp://www.politeknik.edu.my 


______________________________________________________________________



Dapat tahu saya dapat tawaran politeknik...
Saya lega sebab masih ada peluang untuk melanjutkan pelajaran..
Walaupun tidak mendapat tempat di IPTA..
saya tetap tunggu rayuan(hoho)

Tiba-tiba , saya jadi gementar pula....
Sebab...



 Mana tak gementarnya, saya dapat Diploma Pengurusan Acara. Saya rasa takut, tidak pernah terlintas dalam minda saya bahawa saya akan dapat program pengajian ini. Saya baca daripada Teks Ucapan Amanat  2012 Yang Berbahgia Mejar(K) Hj Mohd Nor Bin Yusof iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik pada 30/1/2012 bahawa program yang saya terima ni merupakan program pengajian baru yang ditawarkan di Politeknik Merlimau.

 Patutlah puas saya menggoogle Pasal kursus saya ni, tapi tak berapa nak jumpa, apa yang saya tahu ada beberapa kolej swasta turut menawarkan Diploma Pengurusan Acara (event manegment) . Hey memang saya agak bimbang sekarang ni...

 Salah diri sendiri juga sebab letak program pengajian : Diploma Pengurusan Acara , pilihan No.1. tak sangka juga pilihan pertama , saya dapat.  =)



Pendapat saya tentang POLITEKNIK :
1. Saya dapat tahu ada yang sanggup lari ke kolej swasta semata-mata enggan ke Politeknik..Hei apa kes? Adakah sebab terlalu banyak dengar cakap-cakap orang je? Kebenarannya hanya mereka yang belajar di Politeknik sahaja yang tahu ya..
2. Ada orang kata susah nak ke degree lepas ambil diploma dekat Politeknik. Mungkin result dia tak bagus agaknya sebab ada kenalan saya yang berjaya dengan bergayanya selepas menamatkan pengajian di Politeknik ...
3.Saya tidak kisah dengan pandangan negatif masyarakat di luar sana, saya ambil yang positif sahaja.



Mengenai rayuan UPU/IPTA :
 Bab ni membingungkan, sebab siapa yang tidak mahu ke U..dari zaman SPM lagi saya tanam azam nak sambung belajar di IPTA . Tidak pernah saya tanam azam nak masuk Politeknik lepas SPM. Tapi itu bukan bermakna saya menolak Politeknik Ok...saya bersyukur dapat tawaran politeknik.
 Rayuan akan keluar sekitar 15/6/2012..Jadi saya masih menimbang . Manalah tahu dapat rayuan IPTA saya diterima  :) 


p/s : Kebingungan tahap menyakitkan kepala....