Thursday, 7 March 2013

Hey,kenapa awak menyamar?

 Assalammualaikum..

 Tajuk entri macam marah je kan?  Sebenarnya tak marah ya, tapi terkejut.

Cuba lontarkan tajuk di atas dengan gaya terkejut.

"Hey, kenapa awak menyamar....?" sambil kerutkan dahi, buat mata sedih..alala tak comel pun..jangan buat mimik muka macam tu dah... =,-


Aha..hujung semester memang mata saya  macam ni..menggerunkan~~


 Kisahnya bermula begini.. semalam (6/3/2013) saya dikejutkan hingga terkejut sangat apabila mendapat tahu daripada seorang kawan saya,namanya Fuad.

 Katanya dalam inbox FB saya,

Nama perlu censored ok :)


 Jap, apasal ada 'haha' di penghujung ayat dia eh? Ketawakan saya or kesian? Fuad ni..

Jadi, masa ni saya tak dapat apa-apa bayangan lagi. Saya pun laju je la search. Tup...Tup..
Surprise wawa!! Ada orang menyamar menjadi awak.. tapi dia guna nama dia, cuma profile picture dan cover FB tu muka saya.. Hish! Apakah tujuan dia?

 Terkejut..haaa saya terkejut...

Persoalan yang bermain di minda..
 Kenapa wahai gadis? Kenapa guna gambar saya?  Kalaulah saya ni artis yang sememangnya terkenal dengan istilah

 "I kan public figure, sebahagian life I ialah milik peminat.." dan yang seerti dengannya.

Tapi saya bukan sesiapa yang terkenal..faham tak maksud saya?
Contohnya peminat Selena Gomez.. dia gunalah gambar dia kat FB or Twitter, tujuan untuk menonjolkan keminatan tahap melampau tu. Lagi pun Selena kan cantik..

 Saya pula bukanlah sesiapa, tapi sebenarnya itu kira tak boleh ya... menyamar atau dalam bahasa orang putih mata birunya ialah impersonation ialah satu kesalahan!
Salah disisi undang-undang.. Baca ni... Tetap salah walaupun suka-suka.


Apa perlu buat bila ada kes penyamaran (impersonal) di Facebook??



 Saya terus reportlah.. ini tujuan untuk protect diri kita sendiri. Niat orang kita tak tahukan.. Apa yang saya tahu..salah tetap salah. Bila saya amati cehh ayat bm terbaik.. saya dapati gambar tersebut diambil melalui blog saya. Nampak tak saya sangat teliti tau.. 

 Reaksi rommate saya paling hebatlah.. ada yang terkejut, ada yang macam marah gitu.. Saya faham, mereka sayang saya..hehe 
Yang paling saya ingat ayat daripada Bariah lepas nampak ada orang komen gambar saya di Fake akaun FB tu..
 "Hey! tu lesum pipit kawan sayalah! dia curi gambar kawan saya!" See.. how kelakar Bariah ni.. :D


Pengajaran di sini..
 Hmm entahlah..heh.. tapi please..please..tolong..tolong..hormat.

 Itu saja, senangkan. Tak baik menyamar semua ni.. Hormat antara satu sama lain, ada benda yang kita boleh kongsi.. ada benda yang kita tak boleh kongsi..contohnya identiti dan muka saya. merajuk..  =,=

" Cuba letak diri awak dekat tempat saya. Awak akan rasa macam-macam rasa ..please jangan buat lagi.."  :( 

Tak apalah, saya maafkan.. dan saya sendiri faham perasaan mereka yang senasib..sob..sob..

Saya harap, perkara macam ini tidak berulang lagi.. *Ucapan ala-ala pengetua sekolah berucap* Terima diri seadanya, sebab manusia ialah makhluk sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t .. ;)

Bye..take care 


There was an error in this gadget