Monday 29 April 2013

20 April 2013

Assalammualaikum w.b.t




 Tak sangka ini merupakan post pertama saya untuk tahun 2013! Sungguh tidakku sangka, blog ini terbiar dengan lamanya. Macam biasa ini semua gara-gara saya tak pandai urus masa untuk study, assignment & blogging akhirnya blog pun terbiar begitu sahaja. Tak pelah, perkara da lepas usah dikenang, tapi ambil sebagai iktibar la. Sesungguhnya demi masa ni manusia selalu kerugian sebabnya tak reti nak uruskan masa sebaik yang mungkin. Bagi yang pandai uruskan masa, sesungguhnya dia sangat bertuah kan? Semoga kita semua yang selalu terleka ni, cepat-cepat berubah..tak mau la jadi orang yang hidup dalam kerugian..  :)

 Sebenarnyakan *kelip-kelip mata* umur saya telah pun berganjak ke angka 19 pada 20 April 2013. Haaaa..tengok gambar bawah ni!! Saya buat kad untuk diri sendiri....ini menunjukkan betapa saya menghargai angka 19. Pada hakikatnya, inilah angka belasan terakhir sebelum ke 20 kan??! Kalaulah usia sentiasa kekal belasan tahun...*merepek*





 Bawah ini pula adalah beberapa ucapan daripada kawan saya di Twitter, ucapan dalam inbox Facebook, direct message Twitter, SMS & Whatsapp tidak disertakan atas dasar privacy. Cewahh.. Minta maaf juga kepada kawan yang geram dengan saya sebab private date of birth saya ni dekat Facebook.. bukan apa, saya ni suka diam-diam je. *buat muka seposen* Ok tengoklah gambar ni dulu...hehe



Dari atas, Irfan, Bariah..dan diikuti senior saya di uitm machang, afiq,zuby dan asri. 


Dari atas Bella budak comel, Atikah,Farha dan Rasyiqah.


Dari atas Nad, Beah, Mior, Tasha & Najwa (kembar nama)


Dari atas Aidil dan  Dydie. 


Dari atas Dniey, Daneil, Izzah dan Ja.

 "Saya suka sangat denga ucapan hari lahir lagi-lagi yang diucapkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Kalau orang yang tak dikenali ucapkan..Saya tak rasa apa-apa *jujurnya haha* "

 Terima kasih sangat kepada yang berikan ucapan melalui mana-mana social networks atau pun sms, lagi terharu kepada kepada kawan-kawan yang memang ingat tarikh lahir saya :D Segala ucapan dan doa anda amat saya hargai. Semoga doa daripada anda menjadi kenyataan. Ameen. :')


 Sejujurnya, hari lahir kali ini tidak sama macam sebelumnya. Saya tak ada rasa nak buat sambutan ke, beli kek ke, hadiah ke atau apa-apa je keee. Cukuplah doa, itu sangat memadai bagi saya. Alhamdulillah Allah s.w.t masih panjangkan umur saya. Masih sihat pada usia 19 tahun ni bahagia disamping keluarga serta berpeluang untuk menimba ilmu untuk dunia dan akhirat. Bersyukur sangat dengan nikmat yang tak terhingga, tak terkira, tak terkata dikurniakan dariNYA terhadap diriku yang kerdil ini :')



 Tambahan; Tahukan tarikh kelahiran Rasulullah SAW bila?
 Muhammad SAW dilahirkan di tengah-tengah kota Makkah Al-Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M iaitu pada tahun Gajah. :')





JOM KITA BERDOA!

Doa Panjang Umur, Murah Rezeki dan Diberkati;

اللهُمَّ أكْثِرْ مَالِي وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَنِي، وَأَطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأَحْسِنْ عَمَلِي، وَاغْفِرْلِي


" Ya Allah,banyakkanlah hartaku dan anakku,serta berikanlah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dengan ketaatan terhadapMU serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku"