Saturday 10 November 2012

UiTM: Result Final Examination Sem(1)

 Assalammualaikum

  Semalam merupakan satu tarikh yang paling mendebarkan buat semua pelajar UiTM (Diploma, Pra Diploma dan Matrikulasi) semester 1 2012/2013. 

 Tarikh 09/11/2012 paling dinantikan sebab nak tahu result final examination la. Perasaan saya memang tak tenteram sejak habis final lagi, kalau boleh setiap kali habis jawab satu subjek saya nak terus dapat result! Gelabah tak gelabah saya masa musim exam tu??

 Tabiat buruk saya yang tak digemari kawan saya ialah.....*bunyi drum* menyemak semula jawapan yang saya tulis dekat kertas soalan di dalam bilik. Maksudnya perkara yang dah lepas tu tak elok kita toleh atau intai sebab takut menjatuhkan keyakinan diri untuk menjawab soalan exam seterusnya. 

 Apa boleh buat wawa memang macam ni.. *muka seringgit* Jadi dengan jari yang menggeletar seribu, saya pun pergi yahoo.com konon nak check melalui emel lagi best dan surprise. Tapi loading punya lama.. apa masalah WiFi dekat rumah saya ni? Salah siapa? Jari da menggeletar ni... emosi pula pagi tu..

 So lupakan emel, saya terus ke UiTM Student Portal. Haa!! Tengok laju pula loading kat sini.. Yahoo memang menggedik. Dengan penuh debaran *berapa banyak debaran daaaa* saya KLIK ...


 Alhamdulillah...... :')



Klik gambar untuk lebih jelas.





Dekan


"Saya dapat dekan!!''



 
 Keputusan yang luar daripada target saya! Sebenarnya saya tak ada target langsung... Saya memang tak percaya dan semak banyak kali.. Bila sudah confirm itu nama sendiri ..saya terus menangis tanpa henti saya tak sangka tapi dalam masa yang sama, saya sangat teruja.

 Saya terus panggil ummi, masa tu ummi baru nak solat sunat terus berlari masuk ke bilik saya. Ummi,wawa  minta maaf Buat ummi terkejut..huuu.. Ummi pun turut menitiskan air mata, Alhamdulillah saya berjaya memenuhi hasrat ummi yang mahu saya dapat keputusan yang baik. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan.. :')

 Ummi lagi terkejut sebab masa dekat U selalunya setiap hari ummi call saya, bertanyakan Apa wawa buat? Wawa dah study belum? Setiap kali ummi call saya akan kata tengah buat itu ini tapi belajar je belum..hehehe   Tapi ummi tahu saya suka study waktu pagi-pagi buta .. :)

 Saya harap semester 2 nanti saya dapat keputusan yang lebih baik. Saya janji tak akan main-main lagi.. Insaf.. perasaan mendapat dekan memang luar biasa bagi saya.



Musim paling busy..@ Library PETA, Machang Kelantan.

 Saya ingin ucapkan tahniah kepada kawan-kawan dari D1IMM1001D  dan juga semua!!! Akhirnya result semua baik, tak ada yang repeat subjek MGT162 kan ...*suka-suka* Jadi kita tanamkan azam untuk dapatkan Dekan untuk Semester 2 nanti ya! Bagi yang tak mendapat dekan, jangan sedih sebab usaha tangga kejayaan dan doa daripada ibu bapa yang paling penting. Jaga hubungan kita dengan pencipta kita *pesanan untuk diri dendiri juga*


 P/S; Ya, Saya tak dapat 4 flat, Grade cuma A-  ..tetapi doakan saya berjaya.. agar suatu hari nanti dapat grade A/A+ ..Aamiin..




*JUMPA LAGI*





Wednesday 7 November 2012

Kawan Di Mana?


 Saya mempunyai kawan. Ya! Terlalu ramai kawan sampai tak terkira. Begitu juga dengan peminat tapi boleh dibilang dengan jari sahaja..haha Tapi saya terlalu tertanya-tanya sejauh mana hubungan,pertalian persahabatan ini akan berkekalan.

Sampai bila agaknya?


Kawan sekolah rendah




 Sangat meriahkan masa sekolah rendah, saya pernah jadi pengawas ketika usia berapa tahun tu saya tak ingat. Macam-macamlah perangai, bila waktu rehat semua cepat-cepat turun ke kantin ambil tempat yang paling best. Selepas itu makan pun cepat-cepat sebab nak join kawan-kawan main kejar-kejar ataupun rebut tiang. Soal kawan tu memang silih bergantilah, darjah 1 sampai darjah 6 kawan baik saya bertukar-tukar berikutan turun naik kelas untuk setiap tahun kannnnn.haha

 Tahu tak sekolah rendah ni saya sangat aktif dalam sukan bola jaring dan pernah wakil sekolah. Tak menang pun. Saya asyik teringat dengan seorang budak ni laaa...err siapa nama dia ni?! Dia sangat rapat dengan saya dan dia anggap saya sebagai kakak dia...huuu tapi saya ingat muka dia je..nama dah tak ingat dah, macam mana nak search kat FB~



Kawan sekolah menengah




 Ini zaman mencabar sikit sebab rata-rata mula nak bergaul lebih bebas, kawan saling pengaruh kita nak buat itu ini,pontenglah.. Mana yang pretty dan handsome akan menjadi kegilaan, orang mula mencari mereka dalam MySpace dan FB. Mulalah mereka upload gambar muka mintak penyapu. huu sorry ayat terkasar pula~

 Saya pula orang sederhana dan biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah saya dikeliling kawan-kawan yang baik. Saya mula bertudung bila bergaul dengan mereka. Selesanya saya dapat kawan yang baik, mereka bukan pasif ya..ada yang terlebih aktif dan sukar untuk dikawal, ada yang kelakar tahap nak pecahkan perut saya. Tapi penampilan mereka menyejukkan mata memandang.



Kawan Universiti



 Saya terasa seperti orang paling bertuah dalam dunia ni, bayangkan untuk semester 1 ni saya dikelilingi kawan yang baik belaka. Untuk pengetahuan semua, kelas saya untuk semester 1 99%  perempuan cuma seorang je lelaki.Cool~ Kawan dari setiap negeri baiklah..tak ada pun yang annoying. Bertuahkan?
Jadi harap-harap semester 2, saya akan dikelilingi gegurl yang baik-baik.



Kawan alam rumah tangga



 Huish, dah kahwin nanti saya edit post bahagian ini ok? haha


Mana kawan?

 Alamak, tak terkira.. bagi saya semua yang pernah berkawan dengan saya, saya anggap mereka kawan baik. Kadang-kadang macam diam tak call tak text bertahun-tahun pun saya masih anggap kawan lagi tau. Sekarang mereka jauh, suatu hari nanti jadi jiran sebelah rumah pula.. Siapa tahu kan??

 Buat masa sekarang ni kawan-kawan lama dan baru kenal semua ada kat FB, tak ada maknanya nak kata dah tak kawan ya..

Monday 5 November 2012

UiTM: Rakan Sebilik

Assalammualaikum..

 "Bilik TDM 622"

 "Roommate 3 orang daripada Kelantan."

 Hmm masih terngiang-ngiang lagi keluhan saya sewaktu pertama kali daftar Kolej TDM. Mana saya tak mengeluh,  saya sudahlah pertama kali jejakkan kaki kat Kelantan..serius saya tak pernah langsung berada dalam persekitaran yang 100% Kelantan tiba-tiba masuk UiTM Machang dan dapat roommate yang sememangnya menetap di Kelantan.

 Sedih sangat masa tu, saya rasa macam apa ni..kenapa dengan nasib saya!! Tapi bila saya check senarai nama untuk bilik-bilik yang lain, sememang majoriti penghuni Kolej TDM memang asal Kelantan. Saya pasrah..amboi ayat pasrah itu..

 Berdebar juga untuk bergaul dengan roommate, bukan saya tak suka untuk bergaul,bertepuk tampar,ketawa terbahak-bahak semua...cuma risaulah mereka ni tak nak "cakap luar" mahu 1 sem saya macam orang bisu kat dalam bilik sendiri,.

 Tapi sangkaan saya meleset jauh sejauh-jauhnya...sebab mereka sangat NICE *bangga korang* faham dengan keadaan saya yang memang tak faham langsung dialek Kelantan..hehe  Tapi cuma Lija yang memang asal Kelantan..manakala Syira dan Iera pula dari luar pindah ke Kelantan.. Walaupun saya sikit-sikit cakap "Aaaa? Apa dia? tak faham.." Lija akan ulang balik apa yang dia cakap...sampailah saya dapat 'tangkap' apa yang dia cuba sampaikan kepada saya...huhuhu poor me..


Lija,Iera,Syira dan saya!


 Sayangnya saya tak berapa rapat dengan mereka sebab kitorang sama course tapi lain Group..semua Group C dan saya je Group D..huhuhu poor me.. Alhamdulillah tak pernah gaduh,hehe sebab apa?? sebab korangkan NICE.. Syiralah yang paling rapat dengan saya, sebab apa? sebab muka kitorang sama..*memang tak munasabah punya sebab*






 Inilah Kolej TDM yang cantik lagi menawan, selesa tau kolej ni.. bertuah sangat sebab kolej ni paling baru dan paling bersih berbandingkan kolej lain! Hahaha sedap je aku cakap macam ni kan? Tapi ni kisah benar ok.cuma yang tak bestnya..kolej ni merupakan kolej terjauh dan terpencil berbanding kolej yang lain..








 Selamat datang ke bilik TDM622!! Cantik kot bilik kitorang, kenapa tak menang program 5S ha??? *perasan*






 Thanks to Iera kerana menaja carpet pooh yang comel ni,  nampak tak cadar katil bunga-bunga ni? haa itulah katil saya, tingkat atas..tapi panasnya tak terkata. Lalu saya dan Iera tak pernah tidur kat katil sepanjang Sem 1, kitorang bentang selimut saya yang tebal tu kat atas carpet ni, so tidur la situ...haaa tak percaya la tu..please percaya! =.=






 Ini meja saya, tengok apa yang wajib ada....oh mestilah buku..Salah! cermin mesti ada sebab sambil study boleh la belek muka..*bukan perasan cantik ya*







 Istimewanya bilik saya dapat satu pemandangan yang baik..haha bila bosan tu tengoklah padang bola..ada yang main bola..ada yang main rugby.. hmm bukan best pun..








  Saya mula stay dekat kolej TDM pada 10/06/2012. Macam-macam kenangan saya tempuh, saya banyak kali tidur bilik ni seorang diri sebab roommate saya akan balik rumah untuk setiap minggu!! Diorang selalu ajak saya ikut balik, tapi saya jual mahal.haha bukan apa, saya lagi selesa study dan siapkan assignment dekat tempat sindiri..humm memang ini jela tempat saya kat Kelantan..hehe Tapi saya selalu juga menjadi penumpang terhormat bilik TDM412 , bilik kawan saya dari KL dan Kelantan.. jangan risau, saya selamat. *wink*

 Harap-harap semester 2 nanti dapat kolejlah..

Thursday 1 November 2012

Blog saya datang

 ''Kenapa bila dekat Universiti, macam tak cukup masa untuk saya update blog??"

 Saya pun kurang pastilah, nak kata tak ada masa yang cukup untuk saya bercerita dalam blog...hmm tak juga, nak kata saya asyik mentelaah...hmm tak juga... nak kata...nak kata.. *pang!!*

 Sebenarnya nak kata, saya sejak masuk U ni pelbagai pengalaman menarik saya lalui tau...So ingat nak sisipkan setiap kenangan itu dalam blog comel la kononnya, tapi kemalasan melanda diri. Akibatnya blog ini ditinggalkan begitu saja..sobb..sobb

 Memandangkan final examination telah pun tamat pada 19 Oktober 2012, saya telah buat kemunculan kembali....Tadaaaaaaaa! *keadaan sekeliling sunyi* Saya kembali untuk merepek itu dan ini..

Senyum dalam duka..hehe
*dalam bilik kolej TDM622*

   Jadi ada masa ni saya akan terus update entri tentang perkara yang lepas.hahaha *ketawa kejam* Bila semua orang ke hadapan, saya pula undo ke belakang ...memang tak maju la kau ni najwa..tapi tak apalah, saya tak mahu kenangan yang indah hilang begitu saja,saya nak bila sudah ada cucu nantikan...bla...blaa..ok la.saya wasiatkan, blog ini akan di ambil alih oleh cucu saya kelak...*pang!!*