Tuesday 19 November 2013

Terukir Sesuatu Dihatiku


Assalamualaikum w.b.t

 Pada tarikh 16 November 2013, saya ke laman facebook dan baca la apa-apa post yang menarik.. hati saya tertarik dengan satu post yang di 'shared' oleh seorang kawan saya. Post itu milik page Indahnya Berpurdah. Lantas saya like page tersebut dan mulalah membaca, rupanya banyak sangat info menarik dikongsikan! Pada malam itu jugaklah saya terasa ingin berpurdah suatu hari nanti! Jika diizinkan ingin secepat mungkin berpurdah/ niqab kerana ada keistimewaan dan kelebihan wanita yang berpurdah ni. Doakan saya. Saya cemburu dengan kekuatan hati dan iman mereka. :')

Al-Hijaab


 Saya mula survey Butik menjual Niqab dab baca kisah-kisah wanita yang berpurdah... kenapa saya sibuk buat research? Inikan ilmu juga, saya tak suka terfikir-fikir dan buat pandangan sendiri...bila baca baru faham dan puas hati :) Saya pun bukanlah bagus..mungkin tercorot... tapi saya berusaha mencari info dan baca sampai faham perdebatan mengenai purdah ini. Sekurangnya, taklah tergolong dengan kelompok manusia yang suka-suka menjadi hakim tapi KOSONG.. Itu ini tak tahu tapi komen bukan main lagi... nasihat saya, tak tahu tanya, malu bertanya sesat jalan..tak tahu, jangan main serang dengan komen yang pedas! Mana letaknya adab sesama manusia? Sedih...apa yang akhirnya penyerang ini dapat? Dapat malu je la.

Kata Ummi,
 Saya maklumkan hajat saya untuk berpurdah suatu hari nanti kepada Ummi, alhamdulillah Ummi tidak menentang malah Ummi kata, "Kalau Wawa berpurdah Ummi pun nak ikut sekali...." sambil tersenyum... Wahh Ummi... :)  Tapi Ummi ingatkan supaya kukuhkan dahulu perkara yang wajib dan kena ingat melangkah ke peringkat yang baru ni memang banyak halangan. Lebih lagi orang sekeliling saya bukan dalam kalangan mereka yang berpurdah. Saya faham tu...

 Ada satu cerita!
 Semalam, semasa di stesyen minyak.. saya termenung ke arah luar tingkap kereta dan mata saya tertumpu pada wanita yang duduk dibahagian penumpang kereta sebelah. Memang kurang jelas, tapi dalam hati saya kata, 'mesti pakai tudung labuh..cantik :) '  Tidak lama kemudian datang pemandu kereta itu,... wajahnya berseri, mengenakan jubah hitam yang longgar berstoking pada kaki juga lengannya serta mengenakan tudung labuh jenis satin berwarna hitam yang menutup dada, bahu dan belakang. Saya cepat-cepat tunjuk kat Ummi, Ummi pun kata cantik dan sejuk mata memandang. :) Rasa senang je tengok cara pemakaian wanita-wanita itu. Mereka pun berlalu. Mata saya agak aktif petang tu, hehe jadi pandang pula kereta yang tak jauh dari kereta saya.. tiba-tiba ada seorang wanita berjalan masuk ke kereta itu...saya sempat tunjuk kat Ummi! Kenapa saya beriya panggil Ummi? sebab kali ni saya nampak wanita mengenakan Niqab! Hati gembira tak terkata, mana taknya saya baru je buat research dan pasang niat. nah ditakdirkan bertemu dengan wanita-wanita muslimah itu... sedangkan saya ada terfikir susah betul untuk terserempak dengan mereka yang berpurdah/ niqab. Lalu Ummi pun bagi kata-kata semangat, "Itu tandanya hidayah... suatu hari nanti Wawa akan berpurdah.." Ameen. Doa seorang ibu :)

Kata Ayah,
 Itulah kisahnya, rentetan daripada keinginanku yang meluap-luap itu Ummi pun bagi tahu Ayah yang saya ni nak pakai purdah. tetttt Ayah tak izinkan, kata Ayah.... cukuplah pakai tudung yang labuh atau bulat tuuu *fahamlah maksud tudung bulat Ayah kata tu* hehe Bila da pakai macam tu jangan pakai seluar jeans semua tu. Haaa disini jawapannya saya kena simpan niat ini dahulu, saya terasa lucu mesti Ayah pelik dengan hajat anak dia ni...tak pernah-pernah la katakan..Walaupun saya tak main-main tapi saya redha dengan keputusan Ayah...sebab;

Rasulullah s.a.w bersabda; Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. :)

Al-Hijaab


 Saya tahu, banyak perkara perlu dilengkapkan sebaik yang mungkin. Permulaan kenalah tukar cara pemakaian ni, labuhkan longgarkan dahulu sebab tutup auratkan wajib. Perlahan-lahan...Saya juga banyak baca komen di page Indahnya Berpurdah, komen yang berkisarkan Gadis Remaja Ingin Berpurdah, ada macam-macam komen! Tapi saya tertarik pada satu komen yang bunyi lebih kurang macam inilah, "tak apa untuk mencuba, lama-lama datang niat dan keikhlasan.." sebab ada orang komen jangan main-main untuk berpurdah..




 Pada pandangan saya, biarlah datangnya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baik itu...janganlah kutuk ke apa, sebab orang tu nak cuba benda baik, benda yang bermanfaat bukan benda yang merosakkan. Contohnya, Cik A tak pernah mengenakan mini skirt sebab rasa rendah diri dan tak pernah pakailah katakan, designer pun kata you try la dulu..da cuba baru tahu.. tup..tup... Cik A cuba dan jatuh hati pada mini skirt tersebut.. ni benda tak baik ni..tapi masyarakat kita taklah bising sangat.. Pada suatu hari, Cik A terasa ingin cuba berpurdah dan menyatakan hasratnya di dalam laman sosial.........haaaa kena hentam teruk, mulalah orang cari kisah silam la...tak percayalah...macam-macam, apa kata doakan je yang terbaik.. Senang cerita :) Tapi saya tahu bukan semua orang suka kutuk mengutuk ni, segelintir pihak aje yang agak terebih emosi bukan majoriti.

 Yelah daripada mencuba fesyen barat atau muslimah yang tak muslimah sangat (Jubah yang nampak bentuk badan) lebih baik mencuba untuk berpakaian mengikut syariat atau pun mengenakan purdah.. terpulang.. lepas tu jangan lupa membaca! Penting sangat membaca ni.... sebab untuk pengetahuan diri sendiri agar jadi lebih baik dan menjawab soalan-soalan wartawan. Faham sendirilah kan.. ;)



 Kesimpulannya, penulisan saya kali ini ialah berkaitan dengan cinta pandang pertama terhadap page Indahnya Berpurdah, keinginan saya untuk berpurdah, pendapat Ummi saya dan Ayah serta pandangan saya tentang satu isu diatas. Itu sahaja..
Doakan yang terbaik untuk saya, begitu juga para pembaca yang rajin membaca. Terima Kasih ya!

Dibawah ini saya sediakan link yang sangat menarik!

1. Butik menjual Niqab? SINI 
2. Shawl labuh? SINI tak pun beli kain pastu hantar kedai jahit tepi.. lagi puas hati! :D
3. Aurat wanita? Haa terbaik sebab penerangan lengkap. InsyaAllah ;) SINI
4. Aurat wanita lagi?  secara ringkas  ... SINI
5. Soal niqab? Penting lepas baca penulisan tu..baca komen sekali, baca semua!! Baru tak salah faham :) SINI
6. Datanglah ke Blog ini... penulis berbicara dengan bahasa sempoi, penyampaian menarik... SINI









Tuesday 12 November 2013

Cuti Semester? Buat Apa?



 Assalammualaikum w.b.t




Bersama ummi saya tercinta Nazariatul Akmar :)



 Cuti punyalah lama...terasa macam sekejap je kat rumah..tapi waktu mana tunggu kita...tahu je nak dekat tarikh daftar untuk semester baru. Yup semester 4! Makin nak dekat tarikh balik UiTM Machang ni.. ada la yang tak nak balik sebab tak puas berehat..ada yang tak sabar nak balik sebab bosan duduk rumah.. Saya pula tak kisah, kata pun cuti....bukan berhenti..kan? jauhkan la.. Jadi sampai masanya akan masuk balik..mulakan dengan azam yang baru... iaitu jadi lebih baik dan rajin daripada sem lepas..InsyaAllah..

 Sepanjang cuti semester saya tak bekerja, duduk rumah. Jumpa kawan pun tidak..memang bangun pagi gosok gigi....buat perkara yang sama berulang kali tanpa rasa jemu.. lagi pun ruang cuti yang ada ni memang saya manfaatkan untuk rehat, lepak dengan family, online dan main-main dengan kucing.

 Saya juga tak bercuti ke mana-mana, walaupun Malaysia ni ada banyak tempat percutian yang menarik. Yelah, ayah sibuk bekerja..dan saya tahu sebagai anak.. tak sopan kalau merungut itu ini, andai kata ayah ajak pergi mana-mana..saya ikut dan kalau tak kata apa-apa...saya ok je kat rumah ni.. Ummi ada, adik beradik ada :)

Top 5 aktiviti yang biasa saya buat ialah...
1. Kemas rumah
2. Berborak dengan Ummi dan adik-beradik
3. Menonton rancangan paling popular Running Man
4. Keluar makan dan menonton wayang dengan family
5. Kucingku sayang


Ok kemas rumah! Bila da biasakan hidup sendiri, uruskan barang dan pakaian sendiri punya.. Akibatnya saya cepat penat bila kemas rumah..uruskan baju satu isi rumah ni... 6 orang je.. tapi penatlah terasa banyak gila kerja.. pinggan mangkuk.. rumah lagi..padahal dulu sebelum masuk U rumah ni saya uruskan jugak ok je.. hehe Bab masak pula lega...sebab ummi yang masak.. saya tak pandai masak..tak apa tak pandai boleh belajar.. :D

Berborak dengan ummi perkara biasalah.. setiap hari ada je perkara yang hendak dibualkan..dan topik yang popular ialah hal berkaitan agama. ummi suka tengok rancangan keagamaan dan suka membaca buku hal keagamaan juga.. tengok ummi pun penat tapi sempat je baca buku :) Jadi bila ummi dapat ilmu yang berguna untuk akhirat mesti ummi cerita dengan penuh kesungguhan... saya seperti menonton ceramah secara Live..haha Apa yang ummi kongsikan itu adalah untuk kebaikan. Selain itu, kitorang akan berborak mengenai hal kecantikan..haha Memang sekepala.. :D




Running Man! Haaa saya tahu saya lambat..da beratus episod ditayangkan sekarang baru saya tengok..haha ni pun sebab terpengaruh dengan adik sebenarnya... masa dekat kolej mana saya layan running man ni.. lagi pun tak puas la kalau tengok kat laptop.. Jadi bila dekat rumah ni.. adik pula suka menonton rancangan ni, yang bestnya dia bukan tengok malam tapi dia rakam dari channel astro oneHD dan tengok waktu siang.. Bila check balik rupanya banyak juga episod running man yang lepas adik rakam.. So saya pun join la dia tengok..dan saya yang ketawa paling kuat sampai kena tegur dengan ummi..haha Saya tengok la episod yang lama sampai ke waktu pagi.. hehe Eheemm saya suka Lee Kwang Soo!! Dia kelakar..blurrr dan sangat tinggi.. :D






Keluar makan dengan family dan menonton wayang...haa ni biasalah.. ayah paling suka buat aktiviti ni bersama keluarga..walaupun tak bercuti ke mana-mana.. saya masih enjoy.. kadang-kadang malas nak makan malam..tapi bila da keluar, memang ayah nak kitorang makan jugak! haha Bila rasa malasnya nak tengok wayang...haaa ni bukan ayah je paksa ikut..adik-adik saya pun paksa saya ikut..haha

Main-main dengan kucing tanpa jemu.. Banyak gelagat kucing saya rakam..sebab diorang ni comel sangat..... Geram je kalau tengok, mestilah kena dukung diorang ni..hehe Tapi kan umur kucing-kucing saya bela tak panjang..satu persatu mati akibat dilanggar orang :'( .. akhirnya tinggal seekor je.. kesian dia tak ada siapa nak main dengan dia..jadi bila Kumau termenung..saya akan ajak dia main tali or bola.. hehe Tapi Kumau pun ada seekor kawan baik..kucing jiran nama dia Kelabu.. Kelabu hari-hari lepak rumah saya.. main-main dengan Kumau..bila da malam baru dia balik rumah jiran :)

Wahhhhhhh panjangnya penulisan saya hari ni.. pengsan juga siapa yang baca entry ni..haha Tapi memang anda seorang yang rajin kalau baca keseluruhan entry tanpa skip mana-mana bahagian.. Terima Kasih ;)




Monday 11 November 2013

Gembira dan senang hati..bila....

Assalammualaikum w.b.t

 Hari ni saya nak buat semua orang tersenyum gembira dan kurangkan stress.. dengan cara saya! :D Senang je..tak susah pun..apa yang korang perlu buat ialah scroll perlahan-lahan dan nikmati gambar kanak-kanak comel yang ada lesum/ lesung pipit di pipi!!! Hoorayyy... :D

Sekejap! Kalau nak tahu.....kalaulah nak tahu..
Sebenarnya, saya peliklah juga sebab sebelum ni tak pernah pun saya susah payah nak mencari gambar kanak-kanak kat google.. tak pernah terdetik pun.. siang tadi la pertama kali saya bersungguh-sungguh cari gambar sampai berjam-jam saya duduk depan lappy..adakah ini tanda-tanda awal orang nak masuk usia 20 tahun?? Hahaha ok... -_-

Nak tahu lagi?
Kini baru saya sedar bila melihat gambar yang ceria...comel..sedap mata memandang..hati pun tenang semacam.. Oleh itu, selain tengok gambar kucing yang comel dan video Maru The Cat kat youtube.. yang popular tu...rupanya tengok gambar kanak-kanak pun boleh kurangkan stress..dan meningkatkan mood happy! Apa kata anda cubalah sendiri :)  Wah macam nak jual produk kesihatan..haha



































  













































































































































































Haaa comel sangat... sukalah tengok diorang ni.. ceria je kan.. memandangkan saya pun berlesung pipit di kiri kanan pipi...saya harap suatu hari nanti...dapat anak yang ikut keturunan saya..haha sebab ayah dengan ummi ada lesung pipit...kalau ada rezeki la.. Ok impian tu! :D  

Oh ya, antara banyak-banyak gambar, saya suka gambar yang terakhir sekali.. :D





Tengok...ni gambar masa raya haji..saya da pandai dukung baby..hehe


Friday 1 November 2013

UiTM: Result Final Examination Sem(3)

 Assalammua'laikum w.b.t.

 Akhirnya tibalah hari yang digeruni tetapi paling dinantikan. Iaitu hari mendapat keputusan peperiksaan untuk pelajar UiTM (Diploma, Pra Diploma dan Matrikulasi).

  Pertama sekali saya tekankan disini. Ini merupakan blog saya, ruang untuk saya berkongsi cerita suka…dan bukan yang duka.. Kepada yang tidak suka atas sebab yang saya sendiri tak tahu kenapa.. janganlah baca entri ini dan mana-mana entri yang lain. Saya berkongsi kegembiraan dengan family serta mereka yang sentiasa sehati sejiwa hehe. Satu lagi, selagi Ummi dan Ayah saya jaga saya, tak perlulah nak kritik . Terima Kasih ;) 

ok sambung~

 Sehari sebelum result hujan diarea Klang, jadi seperti yang kita tahu...

     Nabi SAW bersabda"Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat & ketika hujan turun"Hadis riwayat Abu Dawud Sumber daripada Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff


 Perasaan gementar dan gelisah tu datang pada saat-saat akhir pula…semakin lama semakin kuat  gementarnya. Ingatkan da boleh kawal perasaan macam ni, kononnya da biasa…auta belaka.. 


 Pada malam 31 Oktober, Timeline twitter mula panas..satu persatu senior  tweet da dapat keputusan…rata-rata bersyukur dan gembira dengan keputusan exam..Tahniah semua!! Ada juga senior yang dapat status ANC! Bahagianya mereka dapat keputusan yang cemerlang sekaligus dapat membalas jasa ibu bapa. Mesti air mata kegembiraan mengalir antara mereka, jika tidak kelihatan secara zahir pasti di dalam hati. :’)



Gambar selepas selesai present final project for multimedia application.



 Oleh kerana diriku ini sering mendapat emel lambat, sejak semester satu lagi..hehe Saya ambil peluang  itu untuk mengucapkan tahniah kepada semua senior yang da dapat result..seronok sebenarnya berkongsi kegembiraan ni.. Bila tengok orang happy, saya pun join dorang happy. Bila dorang Tanya “Wawa da dapat result?” Err..Saya kata la belum..mungkin saya terlebih ceria  macam orang da dapat result. Hahaha hey Wawa macam mana boleh terlebih dos gembira pada malam itu.hehe

Malam sampai ke  pagi buta yang tak lena~

 Pagi tu saya tidur sebelah Ummi tercinta, memang susah nak tidur la....tiba-tiba macam termimpi..hikhik ayat tu…Ok malu :p Tak pe nak cerita juga..! Saya mimpi da dapat emel dari UiTM dihatiku..Terus bangun! Pandang Ummi yang tengah nyenyak tidur, lepas tu pandang jam. Lebih kurang 2.30 pagi.. Hati ni berat je.. sebab fikir “..penat je buka lappy..entah-entah takde emel pun.” “Kalau check 9.00 pagi kan lagi best.” “risau..risau..” Ah buang semua perasaan tu..terus lari masuk bilik on lappy.. kemudian melayari emel sambil gosok mata…*teruk keadaan aku time tu* Kalau korang tengok keadaan aku… =,=’

Wahhh emel da sampaiiiiiiiiiii.. huh..huh..huh

 Dengan lafaz bismillah dan doa supaya hati ini tenang berdepan dengan result exam semester 3 ni. Saya scroll perlahan je..serius perlahan serupa siput.. dan scroll lagi sampai nampak semua result.....dan…............ terus berlari kejut Ummi… :’D


Alhamdulillah.. Ya Allah.. 

 
Bulatan hijau kat nombor 8 tu subject favourite! :D




 Salam peluk cium Ummi.. saya bersyukur sangat dan semestinya berkat doa Ummi dan Ayah yang tak pernah putus.. Ummi tenang dan senyum je tengok gelagat saya pagi tu dan terus Ummi tak tidur..haha Kitorang pun borak-borak sekejap..lepas tu sambung tidur balik. I love you forever la :D

 Terima kasih banyak kepada pensyarah yang mendidik serta menghalalkan ilmu.. walaupun kelas saya ni bising, maklumlah semua perempuan..pensyarah semua sabar mengajar dan tak lupa beri pesanan supaya kitorang jangan bising sangat...hehe

 Tapi mesti ada hikmah disebalik kejadian..semester 2 yang lalu saya tidak dapat dekan. Jadi cuma sem 1 dan 3 je dapat dekan…secara rasminya saya tak dapat dah fighting untuk mendapat ANC dan berselempang.. Sedih...Tak mengapa Allah Maha Mengetahui..Apa yang saya dapat setelah berusaha..itulah yang terbaik. Terima Kasih Ya Allah :’) 

 Buat rakan seperjuangan yang saya kasihi, tahniah semua..saya tahu semester 3 sangat mencabar jika hendak dibandingkan dengan semester sebelumnya. Namun, kita semua sudah berusaha sehabis baik dan mata antara kita ni la yang jadi saksi macam mana susah payahnya kita semua siapkan assignment, final project dan belajar untuk exam hari tu :)
 
 Buat senior yang dapat result baik, cemerlang dan terbilang itu…wawa bangga sangatlah dengan uolls! Selamat maju jaya untuk  peringkat Degree pula..Bestlah tengok screen capture slip result exam uolls yang super meletop itu..jangan lupa juniormu ini ye..hehe 



Ada gaya lecturer tak? :p Masa ni event untuk final project promotion.



 Semoga semester depan dan seterusnya saya dan semua rakan seperjuangan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Ya Allah kabulkanlah doa kami. :)