Thursday 30 May 2013

Hijab yang labuh...




Firman Allah swt:
"Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya: yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani" (Al-Ahzab: 59)



Heliza Helmi...


 Hari ini, eh bukan hari ni je tapi sejak beberapa tahun yang laluuuu... pelbagai jenis design tudung dan selendang boleh kita dapati dipasaran. Lebih menarik lagi setiap jenis tudung tu ada namanya sendiri, contohnya kalau tudung beropol-ropol tu nama ABC, selendang yang jenis cotton namanya DEF, tudung yang awning lembut tu namanya GHI dan macam-macamlah dan dan semestinya nama-nama kat atas tu rekaan saya semata-mata..hewhwe...ikut pada creativity tuan punya bisneslah kan nak bagi nama apa... Tak kesah...kreatifkan bagus!


Tak patut... 
 Persoalannya sekarang, saya rasa sayang sangat-sangat sayang. Mengapalah design hijab yang begitu cantik itu tidak menepati syariat Islam? Ada ke patut design hijab yang ngam-ngam paras dada?! Nanti angin tiup ke apa ke..kan da terselak..Tak cantik kan?? Aurat pun terdedah begitu sahaja. Cuma, bukanlah semua hijab kat Malaysia ni "pendek-pendek" belaka. Ada je butik-butik hijab yang semua design dia menutup dada. Alhamdulillah. Trylah pergi ke seksyen 7 shah alam, memang banyak sangat produk untuk muslimah..pandai-pandailah survey..heee  :)

Pendapat...
 Nak elakkan kaum kita ni daripada pakai tudung,selendang (hijab) yang tak cukup syarat ni senang je, berbalik kepada Tuan punya bisnes.. juallah,designlah hijab yang cantik-cantik tapi dengan syarat labuhkan kain tudung tersebut.. Barulah isu hijab tak cukup syarat ini dapat dibendung. Ini pendapat saya kerana bagi saya setiap perkara yang terjadi berlaku daripada satu titik dan daripada titik itulah menular ke merata tempat.

Saya??
 Ya, saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi saya ada kemahuan iaitu ingin berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lebih baik dari masa ke semasa, sebolehnya saya nak cepat-cepat-cepat berubah tak mahu lambat sebab usia ni panjang ke tidak bukan kita yang tentukan.. :')

Saya memang suka sangat pakai selendang tak kisahlah apa jenis material selendang tersebut. Ikutkan sekarang ni fesyen dengan kaum hawa memang seperti isi dan kuku, tak dapat dipisahkan. Nak try pisahkan? Cubalah kalau berani! =.=' Hakikatnya, saya sendiri suka berfesyen dan tak ada masalah pun sebab saya da bagi tahu tadikan..banyak sangatlah butik yang menyediakan produk muslimah yang ikut syariat Islam, jangan risau. Silalah boikot produk muslimah yang tak cukup syarat itu..  





Lagi labuh lagi bagus!
 Meronta-ronta hati ni nak beli shawl yang labuhnya macam gambar kat atas tu!!! Nak sangat...InsyaAllah saya akan berhijab dengan hijab yang lebih labuh juga, itu kehendak saya sendiri... saya sedang berusaha.. :)

Cadangan butik...
 Ini paling best, kepada yang tak tahu kat manalah nak beli tudung atau selendang yang meletops atau pun anda macam saya yang tak suka beli barang secara dalam talian (online) jadi...Marilah....Jomlah ke alamat ini: Jalan Plumbum Q/7Q Seksyen 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia .

   Sini saya panggil Sek.7 Pusat Shopping Muslimah Terbest..haha *merepek* Ok, antara butik yang saya suka ialah butik Inspirasihana , Sugarscarft , Radiusite , Ariani , Cala Qisya , Allya Mysara , Zawara , dan banyak lagi!! :)


P/s: Yang tertutup itu cantik.. Yang tertutup dan labuh itu cantikdan indah :)


Wednesday 29 May 2013

Saya dan warna putih...

Assalammualaikum w.b.t.



 Warna putih tu cantik,suci, bersih dan indah.. 


 Saya suka sangat warna putih... bila nampak baju kurung moden yang warna putih bersih tu...rasa macam nak pakai! Nak beli! Nak! Nak! Dulu zaman kanak-kanak dan remaja sekolah Ribena, tak pernah pula rasa sukakan warna putih..sibuk dengan warna pink yang comel tu.. tapi sekarang pun pink tetap dihatiku  dan apabila menjangkau usia sekarang ni dah pandai dah suka warna putih.. Adakah ini tanda saya da matang kot? Kot la..kot je..hikshiks :p



Tengok gambar bawah ni...


Jubah, Baju Kurung warna putih bersih..



Kasut yang sangat menawan dan semestinya putih!





 Faktanya di sini, saya memang tidak pernah pakai baju kurung atau jubah dan kasut yang berwana putih...tak pernah langsung saya cuba.Baju dan kasut sekolah adalah warna putih. Kesiannya kat najwa...nak belikan untuk saya ke? :p

Tak apa, simpan dulu impian ni sedalam-dalamnya sebab saya nak jadikan Jubah dan Kasut putih eksklusif di hari pernikahan saya nanti! :) Nanti?? Ya saya pun tak tahu bila nak kahwin dan siapa jodoh saya.. kahwin cepat, pertengahan atau lambat semua tu saya tak tahu.. Doakan saya dipertemukan dengan bakal suami yang soleh dan mempunyai ciri-ciri seorang kaum adam yang baik. So bila saya da kahwin nanti..NANTI ya.. saya akan upload dekat blog ni..heeeeee

 Bayangkanlah, bila tak pernah langsung pakai warna putih..tup..tup.. masa wedding I pakai warna putih...ohh mesti rasa lain macam kot.. kot lagi... apa yang saya kena buat sekarang ialah sabar :)





Sweet?! 


Ya.. saya nak macam ni.. :)







Saturday 4 May 2013

Sayang Kamu!



Assalammualaikum w.b.t




Gerak hati saya, terasa nak sangat update blog tentang mereka yang cukup saya sayang! Cukup saya sayang ya..bukan sebarangan orang tau Cik Kiah Pak Samut.. teheeee.  Oleh itu, dengan pantas saya buka laptop dan sign in blog kemudiannya tercengang......nak mula macam mana la ni.. Saya da biasa sangat melalui saat-saat blur bila mahu start menaip ni .. emmm tapi sebelum saya menaip dengan panjang lebar lagi. Saya nak nyatakan sesuatu...bahawa entri pada malam ini tak ada kaitan dengan sesiapa pun dalam famili saya, mereka ada kaitan dengan saya sorang jew..ok nampak tak kengada-ngadaannya di situ..? *habis bahasa melayu*




Dari kiri Bella, Mun & Syemi. Gambar kredit kepada Syemi ;)

 Inilah mereka yang saya sayang, kenal tu tak lama pun..tapi kenapa entah hati ni macam rasa seronok je bila kenal mereka adik-beradik ini. Haaa yup! saya rapat dengan adik-beradik ni.. comel,cantik, manis dan awesome la..! hehe Walaupun mereka muda daripada saya, tak semestinya saya tak boleh nak ngam, lagi pun beza umur tak jauh sangat,.. Untuk pengetahuan rakyat jelata sekalian, kalau nak berkawan tu tak payah kira status ke, umur ke, bangsa ke...dan lain-lain. Apa yang paling penting hati kita ni, kawan biar ikhlas. :)



 Mun(18) selaku kakak, diikuti dengan Bella(16) dan Syemi(14). Masing-masing ada personaliti tersendiri yang boleh buat saya ketawa setiap kali chat. Rasanya muka ni lambat berkedut kot sebab adanya diorang, selalulah saya ketawa dan senyum je.hehe Kalau nak kata secara fizikalnya, Bella yang baju biru itu sama tinggi dengan saya...kiranya kitorang ni rendah sikit je~ *muka kasihan*



Secara ringkasnya..

 Mun
- Seorang yang sangat caring, ehemmmehemm..malaslah nak puji Mun..haha Mun ni paling suka mengusik saya, humm akak tak suka tau..tau.. :p Lagi satu, Mun ni suka sangat cakap saya kelakar, padahal dia pun sama je.. kelakar jugak.. tak habis-habis dengan pistol dia tu.. Tapi saya ok je..tak gelabah pun sebab saya ada bom dan parang...Sentiasa siap sedia untuk berlawan secara imaginasi dengan penuh emosi..hahaha  :D

 Bella - Bak kata Mun, Bella ni becok dan suara kuat macam speaker! ok Mun yang cakap bukan akak..haha Bella yang paling banyak contact dengan saya melalui Twitter (budak ni ratu twitter..LoL)..bella kalau ada rasa sedih dalam hati , kadang-kadang akan luahkan pada saya dan saya tak kisah :) Kalau ada problem just share je..saya faham, bila pendamkan dalam hati..sangat menyakitkan. Jujur ni  ;)


 Syemi - Syemi  paling muda dan dia yang paling manja..heeee  selalu kata rindu kat kak wawa.. comelkan?? :D  Syemi jaranglah contact, mungkin sebab Syemi stay kat asrama.. So bila dia balik adalah chat sikit-sikit.. Syemi such a sweet girl and you are beautiful..  :)




Seterusnya gambar yang bawah ni..tak payah hiraukan siapa dia. :D

Yes! This is me 'kak wawa' hehe




Semoga kita kekal berkawan, kak wawa harap.. Semua dianugerahkan kesihatan, belajar rajin-rajin sampai dapat capai cita-cita serta impian dan seterusnya buat Ibu Ayah bangga.. Doakan akak berjaya dalam pelajaran dan juga masa hadapan ye? Entri ni akak taip ringkas je sebagai satu kenangan dan penghargaan, apa yang akak ringkaskan tu memang betul-betul ringkas..hehe padahal korang sangat nice..dan lebih daripada apa yang akak karangkan kat atas tu...Sayang korang! <3




p/s: pertama kali bahasakan diri kak wawa kat blog..uuu rasa tua pulak..haha :p

Wednesday 1 May 2013

Mei 2013

Assalammualaikum w.b.t


 Selamat datang bulan mei!!! Eh bukan..bukan..

 Yeay!! da ke bulan lima!!! Eh tak..tak..

 Bulan Mei, lama I tunggu you.. erk pelik..

 Ok macam ini, Alhamdulillah, lepas bulan April tunggu lama..datang juga bulan Mei ni.. Sweet la si April tu..hehe





Apa mahu buat?
 Hmmm..Sekarang ni masih dalam mood cuti semester, jadi nak buat apa ye bulan ni..? Entah la, saya suka rehat dekat rumah je tapi ada la plan nak jumpa dengan kawan-kawan sekolah dalam pertengahan bulan nanti. Kalau tak date dengan diorang macam tak lengkap je cuti sem ni kan. Jumpa kat mana masih dalam perancangan, mungkin tengok wayang/ bowling, aktiviti biasa budak U bila cuti sem la katakan. Lepak kedai kopi tak pernah pulak kitorang buat.haha


Trend biasa... *menguap
Pagi ni #MayWishes tengah jadi trend kat Twitter. Ala macam biasa, bila April pun macam tu jugak. Trend kitar semula...nanti bulan Jun pun gitu jugaklah. So saya pun melayanlah Trend yang ada kat Twitter..melayan sikit je tak sampai meroyan pun... Siapa yang tak layan, rugilah.. sebab apa? Nama pun trend, walaupun trend kitar semula ia tetap trend! Ok..ok I gurau je cik kiah, jangan terasa ye.. :D


Apa yang saya nak?
 Jujur saya tak suka sebenarnya buat wish untuk setiap bulan! Yela, bila setiap bulan buat wish bila la saya nak laksanakan.. wish awal tahun pun tak beres lagi.. ni nak buat wish untuk setiap bulan...alahai lemah la, kalau ada yang nak tolong settle kan wish ok la..baru tak bertimbun..hehe

 Cuma sebagai umat Islam, pastikan kita sentiasa memperbaiki diri setiap masa. Tinggalkan perkara atau perbuatan yang tak baik dan buatlah perkara yang baik-baik. :)






Berhijrah :)






Jom berdoa!


Doa agar diberi ketetapan hati.


*Dari gambar atas:

 " Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu." HR Muslim no.2654

" Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu." HR. At-Tirmidzi no.3522, Ahmad VI/302, 315 dan al-Hakim I/525. Lihat shahilih at Tirnidzi III/171 no.2792.