Saturday 10 November 2012

UiTM: Result Final Examination Sem(1)

 Assalammualaikum

  Semalam merupakan satu tarikh yang paling mendebarkan buat semua pelajar UiTM (Diploma, Pra Diploma dan Matrikulasi) semester 1 2012/2013. 

 Tarikh 09/11/2012 paling dinantikan sebab nak tahu result final examination la. Perasaan saya memang tak tenteram sejak habis final lagi, kalau boleh setiap kali habis jawab satu subjek saya nak terus dapat result! Gelabah tak gelabah saya masa musim exam tu??

 Tabiat buruk saya yang tak digemari kawan saya ialah.....*bunyi drum* menyemak semula jawapan yang saya tulis dekat kertas soalan di dalam bilik. Maksudnya perkara yang dah lepas tu tak elok kita toleh atau intai sebab takut menjatuhkan keyakinan diri untuk menjawab soalan exam seterusnya. 

 Apa boleh buat wawa memang macam ni.. *muka seringgit* Jadi dengan jari yang menggeletar seribu, saya pun pergi yahoo.com konon nak check melalui emel lagi best dan surprise. Tapi loading punya lama.. apa masalah WiFi dekat rumah saya ni? Salah siapa? Jari da menggeletar ni... emosi pula pagi tu..

 So lupakan emel, saya terus ke UiTM Student Portal. Haa!! Tengok laju pula loading kat sini.. Yahoo memang menggedik. Dengan penuh debaran *berapa banyak debaran daaaa* saya KLIK ...


 Alhamdulillah...... :')



Klik gambar untuk lebih jelas.





Dekan


"Saya dapat dekan!!''



 
 Keputusan yang luar daripada target saya! Sebenarnya saya tak ada target langsung... Saya memang tak percaya dan semak banyak kali.. Bila sudah confirm itu nama sendiri ..saya terus menangis tanpa henti saya tak sangka tapi dalam masa yang sama, saya sangat teruja.

 Saya terus panggil ummi, masa tu ummi baru nak solat sunat terus berlari masuk ke bilik saya. Ummi,wawa  minta maaf Buat ummi terkejut..huuu.. Ummi pun turut menitiskan air mata, Alhamdulillah saya berjaya memenuhi hasrat ummi yang mahu saya dapat keputusan yang baik. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan.. :')

 Ummi lagi terkejut sebab masa dekat U selalunya setiap hari ummi call saya, bertanyakan Apa wawa buat? Wawa dah study belum? Setiap kali ummi call saya akan kata tengah buat itu ini tapi belajar je belum..hehehe   Tapi ummi tahu saya suka study waktu pagi-pagi buta .. :)

 Saya harap semester 2 nanti saya dapat keputusan yang lebih baik. Saya janji tak akan main-main lagi.. Insaf.. perasaan mendapat dekan memang luar biasa bagi saya.



Musim paling busy..@ Library PETA, Machang Kelantan.

 Saya ingin ucapkan tahniah kepada kawan-kawan dari D1IMM1001D  dan juga semua!!! Akhirnya result semua baik, tak ada yang repeat subjek MGT162 kan ...*suka-suka* Jadi kita tanamkan azam untuk dapatkan Dekan untuk Semester 2 nanti ya! Bagi yang tak mendapat dekan, jangan sedih sebab usaha tangga kejayaan dan doa daripada ibu bapa yang paling penting. Jaga hubungan kita dengan pencipta kita *pesanan untuk diri dendiri juga*


 P/S; Ya, Saya tak dapat 4 flat, Grade cuma A-  ..tetapi doakan saya berjaya.. agar suatu hari nanti dapat grade A/A+ ..Aamiin..




*JUMPA LAGI*





Wednesday 7 November 2012

Kawan Di Mana?


 Saya mempunyai kawan. Ya! Terlalu ramai kawan sampai tak terkira. Begitu juga dengan peminat tapi boleh dibilang dengan jari sahaja..haha Tapi saya terlalu tertanya-tanya sejauh mana hubungan,pertalian persahabatan ini akan berkekalan.

Sampai bila agaknya?


Kawan sekolah rendah




 Sangat meriahkan masa sekolah rendah, saya pernah jadi pengawas ketika usia berapa tahun tu saya tak ingat. Macam-macamlah perangai, bila waktu rehat semua cepat-cepat turun ke kantin ambil tempat yang paling best. Selepas itu makan pun cepat-cepat sebab nak join kawan-kawan main kejar-kejar ataupun rebut tiang. Soal kawan tu memang silih bergantilah, darjah 1 sampai darjah 6 kawan baik saya bertukar-tukar berikutan turun naik kelas untuk setiap tahun kannnnn.haha

 Tahu tak sekolah rendah ni saya sangat aktif dalam sukan bola jaring dan pernah wakil sekolah. Tak menang pun. Saya asyik teringat dengan seorang budak ni laaa...err siapa nama dia ni?! Dia sangat rapat dengan saya dan dia anggap saya sebagai kakak dia...huuu tapi saya ingat muka dia je..nama dah tak ingat dah, macam mana nak search kat FB~



Kawan sekolah menengah




 Ini zaman mencabar sikit sebab rata-rata mula nak bergaul lebih bebas, kawan saling pengaruh kita nak buat itu ini,pontenglah.. Mana yang pretty dan handsome akan menjadi kegilaan, orang mula mencari mereka dalam MySpace dan FB. Mulalah mereka upload gambar muka mintak penyapu. huu sorry ayat terkasar pula~

 Saya pula orang sederhana dan biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah saya dikeliling kawan-kawan yang baik. Saya mula bertudung bila bergaul dengan mereka. Selesanya saya dapat kawan yang baik, mereka bukan pasif ya..ada yang terlebih aktif dan sukar untuk dikawal, ada yang kelakar tahap nak pecahkan perut saya. Tapi penampilan mereka menyejukkan mata memandang.



Kawan Universiti



 Saya terasa seperti orang paling bertuah dalam dunia ni, bayangkan untuk semester 1 ni saya dikelilingi kawan yang baik belaka. Untuk pengetahuan semua, kelas saya untuk semester 1 99%  perempuan cuma seorang je lelaki.Cool~ Kawan dari setiap negeri baiklah..tak ada pun yang annoying. Bertuahkan?
Jadi harap-harap semester 2, saya akan dikelilingi gegurl yang baik-baik.



Kawan alam rumah tangga



 Huish, dah kahwin nanti saya edit post bahagian ini ok? haha


Mana kawan?

 Alamak, tak terkira.. bagi saya semua yang pernah berkawan dengan saya, saya anggap mereka kawan baik. Kadang-kadang macam diam tak call tak text bertahun-tahun pun saya masih anggap kawan lagi tau. Sekarang mereka jauh, suatu hari nanti jadi jiran sebelah rumah pula.. Siapa tahu kan??

 Buat masa sekarang ni kawan-kawan lama dan baru kenal semua ada kat FB, tak ada maknanya nak kata dah tak kawan ya..

Monday 5 November 2012

UiTM: Rakan Sebilik

Assalammualaikum..

 "Bilik TDM 622"

 "Roommate 3 orang daripada Kelantan."

 Hmm masih terngiang-ngiang lagi keluhan saya sewaktu pertama kali daftar Kolej TDM. Mana saya tak mengeluh,  saya sudahlah pertama kali jejakkan kaki kat Kelantan..serius saya tak pernah langsung berada dalam persekitaran yang 100% Kelantan tiba-tiba masuk UiTM Machang dan dapat roommate yang sememangnya menetap di Kelantan.

 Sedih sangat masa tu, saya rasa macam apa ni..kenapa dengan nasib saya!! Tapi bila saya check senarai nama untuk bilik-bilik yang lain, sememang majoriti penghuni Kolej TDM memang asal Kelantan. Saya pasrah..amboi ayat pasrah itu..

 Berdebar juga untuk bergaul dengan roommate, bukan saya tak suka untuk bergaul,bertepuk tampar,ketawa terbahak-bahak semua...cuma risaulah mereka ni tak nak "cakap luar" mahu 1 sem saya macam orang bisu kat dalam bilik sendiri,.

 Tapi sangkaan saya meleset jauh sejauh-jauhnya...sebab mereka sangat NICE *bangga korang* faham dengan keadaan saya yang memang tak faham langsung dialek Kelantan..hehe  Tapi cuma Lija yang memang asal Kelantan..manakala Syira dan Iera pula dari luar pindah ke Kelantan.. Walaupun saya sikit-sikit cakap "Aaaa? Apa dia? tak faham.." Lija akan ulang balik apa yang dia cakap...sampailah saya dapat 'tangkap' apa yang dia cuba sampaikan kepada saya...huhuhu poor me..


Lija,Iera,Syira dan saya!


 Sayangnya saya tak berapa rapat dengan mereka sebab kitorang sama course tapi lain Group..semua Group C dan saya je Group D..huhuhu poor me.. Alhamdulillah tak pernah gaduh,hehe sebab apa?? sebab korangkan NICE.. Syiralah yang paling rapat dengan saya, sebab apa? sebab muka kitorang sama..*memang tak munasabah punya sebab*






 Inilah Kolej TDM yang cantik lagi menawan, selesa tau kolej ni.. bertuah sangat sebab kolej ni paling baru dan paling bersih berbandingkan kolej lain! Hahaha sedap je aku cakap macam ni kan? Tapi ni kisah benar ok.cuma yang tak bestnya..kolej ni merupakan kolej terjauh dan terpencil berbanding kolej yang lain..








 Selamat datang ke bilik TDM622!! Cantik kot bilik kitorang, kenapa tak menang program 5S ha??? *perasan*






 Thanks to Iera kerana menaja carpet pooh yang comel ni,  nampak tak cadar katil bunga-bunga ni? haa itulah katil saya, tingkat atas..tapi panasnya tak terkata. Lalu saya dan Iera tak pernah tidur kat katil sepanjang Sem 1, kitorang bentang selimut saya yang tebal tu kat atas carpet ni, so tidur la situ...haaa tak percaya la tu..please percaya! =.=






 Ini meja saya, tengok apa yang wajib ada....oh mestilah buku..Salah! cermin mesti ada sebab sambil study boleh la belek muka..*bukan perasan cantik ya*







 Istimewanya bilik saya dapat satu pemandangan yang baik..haha bila bosan tu tengoklah padang bola..ada yang main bola..ada yang main rugby.. hmm bukan best pun..








  Saya mula stay dekat kolej TDM pada 10/06/2012. Macam-macam kenangan saya tempuh, saya banyak kali tidur bilik ni seorang diri sebab roommate saya akan balik rumah untuk setiap minggu!! Diorang selalu ajak saya ikut balik, tapi saya jual mahal.haha bukan apa, saya lagi selesa study dan siapkan assignment dekat tempat sindiri..humm memang ini jela tempat saya kat Kelantan..hehe Tapi saya selalu juga menjadi penumpang terhormat bilik TDM412 , bilik kawan saya dari KL dan Kelantan.. jangan risau, saya selamat. *wink*

 Harap-harap semester 2 nanti dapat kolejlah..

Thursday 1 November 2012

Blog saya datang

 ''Kenapa bila dekat Universiti, macam tak cukup masa untuk saya update blog??"

 Saya pun kurang pastilah, nak kata tak ada masa yang cukup untuk saya bercerita dalam blog...hmm tak juga, nak kata saya asyik mentelaah...hmm tak juga... nak kata...nak kata.. *pang!!*

 Sebenarnya nak kata, saya sejak masuk U ni pelbagai pengalaman menarik saya lalui tau...So ingat nak sisipkan setiap kenangan itu dalam blog comel la kononnya, tapi kemalasan melanda diri. Akibatnya blog ini ditinggalkan begitu saja..sobb..sobb

 Memandangkan final examination telah pun tamat pada 19 Oktober 2012, saya telah buat kemunculan kembali....Tadaaaaaaaa! *keadaan sekeliling sunyi* Saya kembali untuk merepek itu dan ini..

Senyum dalam duka..hehe
*dalam bilik kolej TDM622*

   Jadi ada masa ni saya akan terus update entri tentang perkara yang lepas.hahaha *ketawa kejam* Bila semua orang ke hadapan, saya pula undo ke belakang ...memang tak maju la kau ni najwa..tapi tak apalah, saya tak mahu kenangan yang indah hilang begitu saja,saya nak bila sudah ada cucu nantikan...bla...blaa..ok la.saya wasiatkan, blog ini akan di ambil alih oleh cucu saya kelak...*pang!!*





Thursday 26 July 2012

Saya kembali sebagai seorang...?


Assalammualaikum ..
Alhamdulillah, akhirnya niat saya untuk update blog tersayang ini terlaksana juga. Saya tak pernah lupakan dunia blog, buktinya setiap hari saya akan buka blog saya..hehe tapi updatenye tidak.
Oh ya! Entri terakhir dalam blog saya berkenaan tawaran sambung belajar di Politeknik.. tetapi saya tolak tawaran tersebut sebab saya dapat tawaran daripada UiTM Machang,Kelantan. Jadi sekarang saya nak tukar pangkat, saya bukan lagi budak lepasan SPM tetapi saya sudah upgrade menjadi student uitm.

Saya bersyukur sangat-sangat bila mendapat tempat di Uitm sebab bukan mudah untuk berada di sini, ada beberapa kenalan saya yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran sedangkan keputusan SPM mereka jauh lebih hebat. Saya tak mahu persoalkan perkara ini,maklumlah saya tiada kepakaran dalam hal ini. Apa yang boleh saya simpulkan ini rezeki masing-masing, jangan bersedih kerana setiap orang ada peluang untuk peroleh kejayaan,tetapi dengan jalan yang berbeza.



Dekat UiTM Machang,Kelantan ni saya mendapat course pilihan saya, iaitu Diploma in Information Management. Ok, saya nak bagi tahu ni…bahawa saya sudah dapat biasakan diri di negeri orang :D


p/s : Next entri saya akan ceritakan pengalaman saya untuk biasakan diri dengan dialek Kelate…huhu ;)

Wednesday 30 May 2012

Politeknik Merlimau : Masih Berfikir lagi..


Dalam jam 12 tengahari...
Saya sedang online FB..
Tiba-tiba berlaku kebanjiran status mengenai semakan politeknik..
Oh ya! Barulah saya perasan, tujuan utama saya online ialah menunggu masa untuk melihat semakan sebenarnya...

Dengan pantas saya melayari  laman Web kegemaran lepasan SPM iaitu upu.mohe.gov.my 
Saya tidak nervous masa tu...


Klik.....



Loading....


______________________________________________________________________

TAHNIAH!
Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

EHD63 : DIPLOMA PENGURUSAN ACARA 

Pusat latihan : POLITEKNIK MERLIMAU, MERLIMAU.MELAKA

URL SURAT TAWARANhttp://www.politeknik.edu.my 


______________________________________________________________________




Tiba-tiba , saya jadi gementar pula....
Sebab...



 Mana tak gementarnya, saya dapat Diploma Pengurusan Acara. Saya rasa takut, tidak pernah terlintas dalam minda saya bahawa saya akan dapat program pengajian ini. Saya baca daripada Teks Ucapan Amanat  2012 Yang Berbahgia Mejar(K) Hj Mohd Nor Bin Yusof iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik pada 30/1/2012 bahawa program yang saya terima ni merupakan program pengajian baru yang ditawarkan di Politeknik Merlimau.

 Patutlah puas saya menggoogle Pasal kursus saya ni, tapi tak berapa nak jumpa, apa yang saya tahu ada beberapa kolej swasta turut menawarkan Diploma Pengurusan Acara (event manegment) . Hey memang saya agak bimbang sekarang ni...

 Salah diri sendiri juga sebab letak program pengajian : Diploma Pengurusan Acara , pilihan No.1. tak sangka juga pilihan pertama , saya dapat.  =)



Pendapat saya tentang POLITEKNIK :
1. Saya dapat tahu ada yang sanggup lari ke kolej swasta semata-mata enggan ke Politeknik..Hei apa kes? Adakah sebab terlalu banyak dengar cakap-cakap orang je? Kebenarannya hanya mereka yang belajar di Politeknik sahaja yang tahu ya..
2. Ada orang kata susah nak ke degree lepas ambil diploma dekat Politeknik. Mungkin result dia tak bagus agaknya sebab ada kenalan saya yang berjaya dengan bergayanya selepas menamatkan pengajian di Politeknik ...
3.Saya tidak kisah dengan pandangan negatif masyarakat di luar sana, saya ambil yang positif sahaja.


p/s : Kebingungan tahap menyakitkan kepala....




Monday 7 May 2012

Apa Itu Kalori..


 Kalori ialah nilai tenaga makanan yang biasanya diunjurkan dalam kiraan 'kalori'.

Nilai tenaga makanan berbeza bagi setiap jenis makanan terutamanya dalam nilai kalori. Contohnya lemak menghasilkan kalori terbanyak berbanding beratnya. Lemak menghasilkan 9 kalori bagi setiap gram sementara protien dan karbohidrat menghasilkan kira-kira 4 kalori bagi setiap gram.


Faktor yang mempengaruhi keperluan kalori anda
  1. Saiz tubuh : Tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga(kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil.
  2. Usia          : Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisme juga secara semula jadi akan perlahan.Ia mengurangkan keperluan kalori anda.
  3. Jantina      : Lelaki selalunya tiadak mempunyai lemak yang banyak berbanding wanita. Mereka juga ada lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Oleh itu, lelaki memiliki lebih kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Bagi yang ingin berdiet," jumlah kalori perlu diambil setiap hari mestilah tidak lebih daripada 1200 kalori..''

Wah ! bayangkan...betapa ketatnya peraturan yang disediakan oleh sebuah pusat perlansingan badan kepada Ummi saya! 





Keperluan tenaga/kalori untuk sehari

                                   |     Umur(tahun)       |       Berat(kg)     |     Keperluan Tenaga/Kalori   |

Remaja lelaki                       10 - 19                                                   2600 - 2580
Remaja perempuan              10 - 19                                                   2300 - 2100

Dewasa lelaki                      20 - 39                         55                             2530
(sederhana aktif)                  40 - 49                         55                             2400
                                          50 - 59                         55                             2280
                                           >60                             55                             2020

Dewasa wanita                     20 - 39                        50                             2000
(sederhana aktif)                   40 - 49                        50                             1900
                                           50 - 59                        50                             1800
                                            >60                            50                             1600

Perempuan 
       mengandung               1 trimester                                                     +150
                                    2 - 3 trimester                                                     +350

Perempuan 
         menyusu                                                                                        +550






Untuk mengelakkan pertambahan berat badan , jangan ambil makanan yang tinggi kalori terlalu kerap. Contohnya satu set hidangan burger boleh mencapai 1900 kalori ! Tidak termasuk lagi makanan lain yang kita ambil pada waktu sebelum dan selepasnya lagi. Jaga-jaga!



Saturday 5 May 2012

Kembali

Assalammualaikum...

 Pertama sekali, saya menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kerana telah membiarkan blog saya sunyi tanpa update terbaru. Wahai "Pretty Glossy" maaf saya ya? hee.

 Sesungguhnya saya sudah dapat satu penyakit yang famous dikalangan blogger. Penyakit apa? ..penyakit malas nak update blog...bila sign in je...otak terus lambat berfungsi,tak ada idea untuk taip apa...Hoho..adakah blogger lain pernah di serang penyakit seperti ini ke saya je yang dapat?



 Persoalannya, kenapa saya tak seaktif dulu?

1. Saya sudah tamat sekolah.
 Alasan ye...bukan , sebenarnya saya seperti hilang arah sikit lepas SPM ni..hahaha Masa sekolah dulu hidup saya sangatlah teratur. Isnin sampai Jumaat sah-sah saya sekolah, zaman sekolah tak dinafikan bahawa setiap hari mesti ada sahaja kejadian atau aktiviti yang menarik yang boleh saya kongsikan dalam blog ..Wow! zaman sekolah cukup indah dan berwarna-warni tahu. Mesti semua orang rasa macam yang saya rasa...jangan tipu ok? heee

2.Saya cari duit sendiri.
 Haaa...,maksudnya saya sudah mula bekerja pada 3/1/2012 . Nak tahu saya kerja apa? Sila Klik. Dekat entri tersebut, saya sudah mengarang dengan panjang lebarnya! Jadi masa kerja saya tidak menentu, kadang-kadang balik lewat malam .. cuti pun jarang-jarang then ....huh memamg penatlah..tapi pengalaman bekerja memang best..yang tak bestnye, gaji memang tak cukup makanlah..hahaha penat je lebih..So selepas 4 bulan bekerja..Saya pun berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa.. *winking... ;-)

3.Ketandusan idea.
 Memang kering da otak saya ni, nak perah pun tak keluar apa-apa..percayalah...saya rasakan,otak jadi lembab sikit (orang pertama mengaku diri lembab) sebab saya selalu makan fast food laa...So saya dapat fikir tentang 4 perkara je..Kenyang , Sedap , Duit habis..Kerja... Itu je awak!! Tapi belanja saya bukan tanggungan sendiri ya.. Saya tak ada buat pinjaman dari sesiapa , tapi memohon bantuan daripada ayah...hahaha Belanja besar gila! Percayalah.. Terima kasih ayah * winking lebih untuk ayah .. ;-D

Dah habis da..3 perkara telah ku bongkar...

So sekarang ni sementara tunggu masa untuk sambung belajar... saya akan jadi suri rumah yang berjaya lagi bergaya ..."Ummi, biar wawa settlekan satu rumah ni...."  Satu lagi saya akan kembali ber-blogging ..Yahoo!.com cikit...hahaha


Friday 30 March 2012

Hari esok siapa tahu?


 "Pernah tak anda rasa sebelum,takut...ketika,takut...selepas,takut...akan datang,takut...."

Tak faham? 

 Baiklah saya bagi empat situasi sebagai contoh statement di atas ;-

 Situasi (1) :
 Saya :SPM da nak dekat...takutnya! Apa nak buat ni.. hmm study grouplah... T___T

 Situasi (2) :  
 Saya : Pejam celik..pejam celik..da tiba hari pertama SPM! Macam tak percaya...takut betul, mintak-mintak segala persiapan yang aku buat sebelum ni da cukup lengkaplah... T____T

 Situasi (3) : 
 Saya : Alhamdulillah..habis jawab semua paper SPM..ada yang senang, ada yang mencabar , ada yang buat aku garu dagu 20 kali..hish, takutlah kalau keputusan SPM aku mengecewakan.. T____T

 Situasi (4) :
 Saya : (hari pengumuman result spm) Wah!! bersyukur sangat-sangat dengan result yang baik.. Walaupun tak A lurus..aku sudah buat yang terbaik..Alhamdulillah ibu bapa dan keluarga berbangga dengan keputusan yang aku perolehi..tapi takutlah nak pilih kos apa.. dapat ke tak panggilan ke ipta ..
 T____T

Haa... ini kira contoh dari kisah benarlah.. setiap situasi mesti ada perkataan TAKUT..

Tapi....

 Bukan membawa maksud saya ni seorang penakut atau kurang keyakinan diri..cuma ada sesetengah situasi yang buat saya rasa err takut!

Bila fikirkan balik...

 Sebenarnya saya silap!! Seribu kali silap! Saya terlalu layan sangat perasaan takut tu.. Saya sepatutnya bertenang sebab bila kita berdoa siap sekali dengan usaha..apa lagi nak buat ? Bertawakal la.. kemudian yakinlah dengan rezeki ... Mungkin rezeki saya untuk dapat tut... A je , rezeki orang lain untuk dapat 9 A..


Ummi sentiasa bersama saya :)
Ketika sedih..happy...tension ...shopping dan lain2..hehe
I love You.



 Konsep ni juga saya kena pegang..untuk masa akan datang..sebab Hari Esok Tiada Siapa yang Tahu selain Allah S.W.T....so tak payah nak tilik nasib ya ...

 Owh ya, saya nak ucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan saya dari SMK Shahbandaraya kerana berjaya mendapatkan Sijil  Akuan Berhenti Sekolah ..hehe seronoklah ya jadi budak lepasan SPM..ha dengar kata keputusan SPM ex-students 5 Kejora ni baik ...alhamdulillah..kepada yang kurang baik atau sederhana jangan bersedih..peluang masih ada.. rajin-rajinkan lah diri kita ni ya..

So..... jangan tau enjoy jeee... nasihat untuk diri sendiri juga..

p/s : masih dalam keadaan risau..tapi tak ada takut2 lagi... :)

Saturday 28 January 2012

Buku Diari Menarik Perhatianku



 Hai :)

 Setiap orang ada minat sendiri betul?



 Begitu juga dengan saya, sebenarnya masa zaman kanak-kanak saya cukup suka dengan Buku Diari . Bila keluar pergi supermarket atau kedai hadiah , pasti saya akan mencapai buku diari sambil membelek buku tersebut dengan mata yang bersinar-sinar dan tersenyum-senyum *itu-tanda-saya-teruja* bukan sewel ya..




 Saya baru sedar yang saya masih minat atau obses dengan buku diari ini sewaktu saya singgah POPULAR bookstore semalam. Kebiasaanya saya akan berlega-lega dekat bahagian novel , tiba-tiba hati saya tergerak untuk merayau ke bahagian alat tulis ..*tujuan-asal-untuk cari-adik-saya-yang-asyik-tengok-mainan..hehe* Sudah mengenal pasti kedudukan adik saya yang bulat itu, saya pun berhenti dekat bahagian buku-buku diari .



   



 Perasaan teruja tidak terkata !! Saya belek-belek semua buku diari sampai semakin bersepah buku itu yang sememangnya bersepah..hehe *maafkan-saya-maafkan-saya*  Baru saya sedar yang saya masih minat buku diari...saya ingat minat ini sudah luput, tapi sebaliknya pula.. tak sangkanya!







 Pada pandangan saya , buku diari ini ada nilai tersendiri . Rekaan kulit dan muka surat yang di hias dengan corak yang comel buat hati saya meloncat-loncat rasa nak beli semua!!




 Kepentingan buku diari :
1. Mencatat memori suka atau duka 
2. Memberi peluang untuk diri sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan ayat paling KASAR sekali..*bukan-orang-lain-nampak-kan?*
3. Meluahkan perasaan sayang terhadap seseorang dengan bahasa paling romantik *kalah-skrip-ombak-rindu*
4. Bila sudah tumbuh uban kelak, terasa nak kembali ke zaman remaja..inilah buku yang kita cari..time tu nak buka blog dah malas kan? hehe


Saya banyak kali buat diari, tapi akhirnya buku tu terbiar dan berhabuk..kesian..kesian..kesian..akhirnya buku tersebut saya buang..huhu....Inilah sebab utama saya rasa membazir kalau beli buku diari..hehe 





 Cute betul buku ni , saya rasa macam nak beli dua pula..lepas tu..lepas tu...

awak ambil 1, saya ambil satu..

saya nak catatkan nota cinta kita..

bila gaduh pun tulis juga ya 


 kih..kih..kih...sweet or sour 


semestinya sweet......
milkysmile





 Taraa..! saya suka meow-meow.. sangat comel..warna biru hidung pink =.=' 


 Kesimpulanya....Nak dekat 1 jam saya membelek semua buku , tapi satu apa pun tak beli..haha sebab dalam dilema tidak tahu hendak pilih yang mana..tak apalah bila saya free saya akan datang lagi dan sambar satu buku diari...


milkysmile

Friday 13 January 2012

Money..money..money..


Hai,

 Tahukah anda betapa pentingnya duit?

tahu.......... duit ni umpama nyawa di dunia...........tanpa duit semua benda tak boleh buat........ betul....tak tipu..........


bayangkan, .............. kita seorang diri.............dengan sebuah kenderaan yang tangki minyak full........kita ni orang selangor........so dari johor nak balik ke selangor la ni............... tapi duit dalam poket ada RM5 je,....... macam mana nak balik????????? ha....ha....ha.... fikir duit RM5 tu lepaslah nak bayar tol? Makan lagi......... 


tak kan nak mintak kat orang sepanjang perjalanan balik tu?? ha...ha...ha.... 


 Hey! Gerun saya bila fikir soal duit ni... mujurlah saya masih mempunyai tempat bergantung, tanpa keluarga pasti saya akan kebuluran..entah apa jadi kat saya sekarang ...hmm berfikir sejenak...

 Saya ingat bila dah kerja, saya tak kan ada masalah. Tapi sangkaan saya meleset ke pulau jauh nun di sana! haha Bila kerja , sayalah paling banyak guna duit! Bukan untuk berhuuhahaha (enjoy) tak ya! Duit banyak habis ke makan je. 1 Hari duit makan mesti 9 ringgit lebih.. pening..pening...













 Masa zaman sekolah dulu..cehh dululah sangat padahal baru je habis sekolah..hehe Saya memang bawa purse gemuk ni ke sekolah..duit pun penuh je..hehe maklumlah setiap minggu ayah bagi RM40 sebagai duit belanja..so setiap minggu mesti ada baki dan boleh buat simpanan untuk beli topup ke..make up ke..baju ke..hehe

 Itu dulu..sekarang ni tak sama lagi , purse tu saya abadikan dalam almari..sebab dah tak ada isi..huuu.. kadang-kadang saya try buka purse ni..dengan penuh harapan, mintak-mintak adalah seringgit ke lima ringgit yang tertinggal..haha Mimpi belaka..untunglah kalau setiap kali saya buka purse ni terselit duit..hahaha












 Sekarang saya guna purse comel ni je, hehe kesian betul dengan diriku ini..kesian..kesian..kesian.. yelah buat apa saya nak bawa purse gemuk kalau duit sikit je..lebih balik bawa si comel yang ringan ni..hehe

 Saya ni bukanlah seorang yang boros , tak juga memilih bab makan ni..tapi pelik bila Ayah bagi duit belanja RM50..saya pakai dalam masa 4 hari..bakinya tinggal RM2 je, then hari rabu lepas saya minta ayah duit belanja lagi..


Ayah nak duit belanja...

 Aik 50 sekejapnya habis..

Yelah setiap kali rehat wawa makan kat KFC or Mcd..

Hmm patutlah -.- ..ayah tak de duit..

 Ala...merajuklah...(masuk bilik)

Yela esok ayah bagi....

hehe...ngada2 punya anak pempuan..mesti ayah cakap macam tu dalam hati... hehe so esoknya ayah bagilah RM30..ingat dapat RM50 lagi..tak bersyukur betul.dah bagi betis nak peha...hehe tapi legalah saya dapat duit makan,kalau tak kebulurlah perutku, sakitlah kaki ku..hilang tenagaku.... hi..hi..hi











 Tadi saya tengok duit tinggal ni je bakinya..macam mana nak topup...huu..kalau topup hilanglah duit makan dan duit minyak saya..buatnya ayah tak nak bagi duit belanja minggu depan??? haaa...haaa...sebab tu lah saya dah tak topup sampai sekarang ni..harap ikhsan orang je..huuu...jasa anda sangatku hargai..

 Mula hari ini saya akan aturkan perbelanjaan saya dengan lebih berkhemah..hehe saya tak kan makan kat KFC dan MCD setiap hari...sebab takut gemuk...! haha

 Lagipun saya kerja nak ringankan beban ayah, bukan nak beratkan lagi...huhu T__T






Bahagia Derita



Hai kepada blogger semua tak kira gegurl or boboy ,thanks ya sebab sudi menjengah blog saya ni.. tanpa anda siapalah saya. huuuuuuuu T___T

Okey, sepanjang saya bekerja sebagai part time promoter ni, masa saya di rumah sangatlah singkat . Jadi nak update blog dengan kerap pun tak boleh. Memandangkan hari ini saya dapat cuti, saya nak menghadap laptop puas-puas! bukan nak rehat puas-puas..hehe



Kehidupan yang mudah tapi ....

 Iya memang saya kata terang-terang bahawa saya gembira kerja dekat The Store sebab suasana tempat kerja dan rangkaian kawan yang SUPER best! 

 Best-best juga , stress tetap ada..lebih lagi bila ramai customer , tapi kalau yang tak banyak kerenah saya ok je. Yang banyak songeh pun saya ok. yang saya tak ok bila yang banyak gatal tu....hei...geli!  Customer tu tak adalah buat apa-apa kat saya , cuma ayat-ayat sampah dia yang buat saya geli..

 Ikutkan hati saya nak cabut je..takut next time jumpa customer gatal lagi, maklumlah kerja bahagian pakaian lelaki..sah-sah saya kena menghadap muka lelaki je ..huh! Nasib baik saya ada kawan-kawan yang Super Best..taklah saya tertekan sangat..hehe

 Hmm cakap pasal kawan ni.. Macam-macamlah, paling seronok bila tak ada customer kitorang mesti berkumpul then borak-borak...gelak-gelak...terasa macam dekat sekolah pula, iyelah kebanyakkan sebaya dengan saya..So memang bergembira jelah kitorang ni..bila manager lalu pandai-pandailah cover..hehe









 Time nak rest, member da mula tengok jam..mengeluh sana sini...da fikir nak makan apalah..memang macam budak2 betul! 

 Saya pun lebih kurang diorang jugak..hehe time ada sale ni saya selalu rehat seorang diri huu..sebab time rehat saya lambat sikit, asal rehat pukul 7 sampai 8 malam saya dah blur nak ke mana ek? kedai banyak kat area klang ni..tapi memang blur tak tau nak rest kat mana..hehe


 Lastly , setiap hari saya rehat dekat KFC . Diorang pun dah kenal muka saya..hehe Hampir semua jenis menu KFC saya makan ulang-ulang , nak try lepak kat kedai makan saya tak biasa..kalau ada kawan okeylah..ni sorang-sorang..bayangkan....!

 So better duduk kat KFC , nyaman,tiada gangguan dan lagu pun best.. :)


okey habis cerita...hehe gambar pun tak banyak , memang ada 2 tu je..hehe...so kalau sakit mata tengok muka saya yang selekeh tu..sila buat tak tau je..hahaha 




Friday 6 January 2012

Pertama kali kerja...



Hai ,
Hari dapat juga saya ambil masa untuk update blog dengan sepenuh hati dan sepantas kura-kura saya menaip..hehe sepantas kucing pun susah apa lagi kuda!

Haa, saya nak share berita gembira..yang saya sudah pun dapat kerja . Lepas SPM siapa yang larat nak duduk rumah lama-lama..saya tak larat duduk rumah macam orang tak ada hala tujuan..hehe serius bosan duduk rumah..

Saya cukup bahagia bila 2/1/2012 diorang call suruh masuk kerja 3/1/2012...sebab bulan 12 saya ada interview ..katanya masuk 5/1/12 ..tup..tup... dia suruh masuk awal.! Terkejut kura-kura ...eh sejak bila saya ada kura-kura??? Esoknya dengan pantas kilat saya pergi kedai gambar untuk ambil gambar saiz passport dan bergegas ajak ummi pergi beli seluar hitam dan baju kemeja putih.




Menaip sambil minum air sirap sejuk dan choki choki..hehe
yang kuning tu pass kerja dan sampul putih tu ada punch card .. :)




Kerja apa?

Ini soalan biasa, saya keja dekat The Store department D'urban (baju lelaki tu la...) Hmm pasal gaji tu, biasa je..tak banyak pun, saya tak berapa ambil pusing pasal gaji ni..sebab setakat lepasan SPM tanpa result! haha boleh la kan...sementara tunggu result tu dapatlah saya cari pengalaman kerja. Lagi pun dekat dengan rumah..bawa motor sekejap je sampai...Photobucket


Pertama kali.....

Ya! Pertama kali saya kerja dan saya seronok..hehe sebab kerja saya ni tak susah pun , lipat , gantung, cari saiz , kemas-kemas counter , dan tulis kat cash bill itu je.. Mula-mula tu kekok jugalah nak lipat baju kemeja..bukan boleh ikut suka hati tau , ada step kalau tak baju tu tak muat nak letak dalam plastik yang segi empat tu...hehe

Lepas tu ada cara untuk lipat seluar dan susun betul-betul sampai kemas.. ala macam kerja suri rumah..hehe Tapi counter jenama lain tak adalah teliti macam counter saya jaga ni... contohnya counter lain susun seluar ada senget-senget pun okey..tapi saya punya kena kemas je.. dari sini saya belajar untuk lipat pakaian biar semua sama saiz...tak ada terkeluar sana sini... haha

Promoter saya tak banyak cakap macam promoter lain, dia akan cakap bila saya tanya je..atau dia nak ajar saya..kalau tak dia diam dan buat kerja dia..macam kira itu dan ini... masa kali pertama tu rasa macam ,

apalah nasibku dapat promoter pendiam dan serius , tak seceria promoter lain.... 

Tapi itu tanggapan pertama saya. Hari ketiga, saya dah faham cara dia macam mana.. saya dah boleh in dengan dia..hehe dia akan borak-borak dengan saya bila 15 minit nak balik.., betapa dia serius dalam kerja dia walaupun sebagai promoter sahaja..oh dia wanita 40-an bebangsa cina.

Cuma saya agak lengguh bahagian kaki ni
Photobucket lama okey la kot..




Kawan

Emm lagi apa ye...ha! Kawan-kawan seperjuangan baik-baik belaka.. semua happy je...tak kira jantina dan bangsalah katakan..couter saya depan sekali dekat dengan cashier , so saya pun okey dengan diorang ..


Layanan terhadap costumer ..

Saya bagi layanan  A+ lah kat diorang..haha Saya suka bila ada costumer taklah bosan hidup saya, hehe bila costumer nak beli baju lagi saya suka sebab dapat tulis dekat cash bill! haha sangat jakun ini olang... Saya tak marah pun kalau orang punggah baju sebab baru ada kerja..kalau tak ada orang usik baju ..saya jadi bosan ...


Ohh lagi satu ! Saya dah pandai guna mesin jahit ...haa semalam masa tak ada costumer saya katalah dengan promoter saya...

Auntie saya nak belajar jahit tau.... Photobucket

Dan dia kata boleh... so saya mintak tolong kawan untuk ajarkan saya pakai mesin tu, kira saya dah boleh jahitlah hujung seluar..kalau ada orang nak potong seluar nanti, tapi saya belum mahir lagi , sebab baru belajar semalam..hari ini saya nak cuba lagi sampai pandai! Sebab tak lah susah kalau diorang mintak jahit seluar , tak adalah saya kurang kabut cari orang untuk jahitkan...



Okeylah sampai sini saja saya share pengalaman bekerja .. ada cerita best saya cerita lagi ek? hehe
Photobucket


p/s : Ummi saya pesan, buat kerja niat kerana Allah s.w.t  . Tak kira apa pekerjaan yang kita lakukan..buatlah sungguh dan gunakan peluang yang ada untuk saya kutip pengalaman..Jangan makan gaji buta...





Monday 2 January 2012

Sign contract 2012 .











Hai :)

Inilah entri pertama saya untuk bulan 1 tahun 2012 , jadi saya mahu berkongsi tentang AZAM 2012 boleh?

Boleh..boleh...

Silakan...silakan...

Wah! terima kasih kepada pembaca blog saya secara live dari rumah saya ,
anda sangat saya sayangihttp://www.smileycodes.info  .


Apa perbezaan antara AZAM dan IMPIAN?
Hmm, saya ringkaskan maksud dua perkataan ini dulu...

Azam ialah kemahuan yang sangat kuat , kira bersungguh-sungguh la untuk mencapai cita-cita.
Impian ialah sesuatu perkara khayalan atau angan-angan..senang kata macam mimpi la..


Sebab itulah semua orang dan cikgu ajar kita untuk tanam azam pada setiap tahun baru benih yang kita tanam itu bercambah menjadi sebuah kejayaan jika kita bersungguh-sungguh..

Kalau tanam impian pada setiap tahun baru jadi apa? tak jadi pape pun, hehe tapi lihat kepada maksud perkataan tersebut dan faham sendiri :)

Saya seperti guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar murid dengan tak bersungguh-sungguh..http://www.smileycodes.info










 Saya takut meletakkan azam..sebab biasanya 5 azam saya senaraikan , tapi 1 1/2 je tercapai. Sedih tahu bila apa yang kita sasarkan tapi tak dapat...sebab kelalaian diri sendiri buat tak bersungghuh-sungguh..hasilnya, 1 1/2 / 5 la....

 Saya memang sedih bila jadi macam ni ,.

So awak down?

 Saya tak down..saya up! haha Tak ada istilah down untuk tahun 2012 ya.. saya tak nak down tak tentu pasal..buang masa je kan.

 Senarai top 5 azam tahun baru Nur Najwa :

  • Mahu berubah menjadi seorang anak / gadis/wanita/perempuan yang lebih baik dari sebelum ini
  • Belajar ilmu agama dengan lebih mendalam .
  • Apa-apa jadi , saya tetap nak sambung belajar (Universiti /Politeknik /Kolej /Form 6 )
  • Kurangkan hiburan yang melalaikan..insyaAllah..
  • Serius saya tak nak sebut perkataan B.O.S.A.N lagi! Sebab saya sudah rimas dan rasa macam apa je bila asyik mengadu bosan dekat Ummi or blog..macam mengada-ngada je kan? hehe Kalau saya ada taip ayat ini "Saya bosan betullah ...sebab ...." sila tegur tau.. hahaha
  Azam yang lain-lain, biarlah secret....


http://www.smileycodes.info