Wednesday, 30 May 2012

Politeknik Merlimau : Masih Berfikir lagi..


Dalam jam 12 tengahari...
Saya sedang online FB..
Tiba-tiba berlaku kebanjiran status mengenai semakan politeknik..
Oh ya! Barulah saya perasan, tujuan utama saya online ialah menunggu masa untuk melihat semakan sebenarnya...

Dengan pantas saya melayari  laman Web kegemaran lepasan SPM iaitu upu.mohe.gov.my 
Saya tidak nervous masa tu...


Klik.....



Loading....


______________________________________________________________________

TAHNIAH!
Anda berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

EHD63 : DIPLOMA PENGURUSAN ACARA 

Pusat latihan : POLITEKNIK MERLIMAU, MERLIMAU.MELAKA

URL SURAT TAWARANhttp://www.politeknik.edu.my 


______________________________________________________________________




Tiba-tiba , saya jadi gementar pula....
Sebab...



 Mana tak gementarnya, saya dapat Diploma Pengurusan Acara. Saya rasa takut, tidak pernah terlintas dalam minda saya bahawa saya akan dapat program pengajian ini. Saya baca daripada Teks Ucapan Amanat  2012 Yang Berbahgia Mejar(K) Hj Mohd Nor Bin Yusof iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik pada 30/1/2012 bahawa program yang saya terima ni merupakan program pengajian baru yang ditawarkan di Politeknik Merlimau.

 Patutlah puas saya menggoogle Pasal kursus saya ni, tapi tak berapa nak jumpa, apa yang saya tahu ada beberapa kolej swasta turut menawarkan Diploma Pengurusan Acara (event manegment) . Hey memang saya agak bimbang sekarang ni...

 Salah diri sendiri juga sebab letak program pengajian : Diploma Pengurusan Acara , pilihan No.1. tak sangka juga pilihan pertama , saya dapat.  =)



Pendapat saya tentang POLITEKNIK :
1. Saya dapat tahu ada yang sanggup lari ke kolej swasta semata-mata enggan ke Politeknik..Hei apa kes? Adakah sebab terlalu banyak dengar cakap-cakap orang je? Kebenarannya hanya mereka yang belajar di Politeknik sahaja yang tahu ya..
2. Ada orang kata susah nak ke degree lepas ambil diploma dekat Politeknik. Mungkin result dia tak bagus agaknya sebab ada kenalan saya yang berjaya dengan bergayanya selepas menamatkan pengajian di Politeknik ...
3.Saya tidak kisah dengan pandangan negatif masyarakat di luar sana, saya ambil yang positif sahaja.


p/s : Kebingungan tahap menyakitkan kepala....




15 comments:

Gadis said...

masuk politeknik mmg menjimatkan dan rasenyer seronok...

same je mcm ipta yang lain kiter akan masuk..

sbb saya ex student politeknik merlimau...

yang penting blajar sungguh2 n x mustahil dapat sambung degree..
ramai lepasan politeknik dapat sambung degree...
Insyaallah..

semua nya terletak pada usaha...

Admiral Anwar said...

Saya dapat jugak politeknik. tapi kat pahang. jauhhh. tengah pening kepala nak g ke tak. haha

DayaOlla said...

Hai ;) Daya pun dapat poli merlimau, Melaka :) Dapat course perkhidmatan makanan :)Lambatnya rayuan nak keluar kan.

Nana said...

salam. . saya pun dapat jugak politeknik merlimau. . kos kejuruteraan awam. . ok kea. .?.:) pening pk nak pegy poli o unikl?. kat unikl lak dapat kos engineering technology in quality engineering. . tapi adew owg akap kos tuh susa, betol kea. . saya jadi ragu2 nak pilih yang mana. . kalau ada sesiapa tahu tolong bg pendapat yeahh

EatySein said...

Hye awakk . Kite pun dapat Poli Merlimau ni and course pun sama . Huhuu . Jumpa pun gang yang sama course . Hhe . Kawan2 memang ramai dapat merlimau tapi sume course lain2. Huhuu hows ? Dh decide masuk mana ? Huhuu ;)

PHIRDOTE said...

Congrates! :)

Anonymous said...

samelah..dapat kos yg sama. tkot juge nk ambil.but my teacher say. kos ni bgus juga. just think positive n give yur try ;)

MasyamMusyuk said...

assalammualaikum. hai, sy baru lgi lepasan spm. so sy tertanya2. akak mohon politeknik merlmau dan pilih pengurusan acara ye?. atau akak ditawarkan mgambil kos pengurusan acara tu?. sy masih keliru taktau hendak mngambil kos apa di dlm politeknik ni.

Anonymous said...

salam akak, saya lepasan spm 2013, saya baru je check n dpt kos mechatronic engineering. mcm mana tu? ramai ke plaja perempuan kos ni? saya sedih sbb saya xmintak pon kos ni . saya mintak environmental engineering je. boleh tukar kos x?

Syaa Rashid said...

Boleh tgk blog saya kalau nak tau lebih lanjut pasal diploma pengurusan acara ni. Thanks ;)

Syaa Rashid said...

Boleh tgk blog saya kalau nak tau lebih lanjut pasal diploma pengurusan acara ni. Thanks ;)

Anonymous said...

Tahniah... saya bekas pelajar PMM..sekarang sy sambung blajar di UTHM selepas 2 thn bekerja... pada pendapat saya,blajar mana2 pon sama je.. sama ade nak ke xnak... ramai jugak kawan2 saya yg sambung belajar di utem dan utm..tapi kebanyakkan rakan sekelas saya lebih suka bekerja..maklum la blajar habis duit, kerja dapat duit...kos yang awak dpt tu seronok mudah nak dpt 3.5 ke atas sbb xde subjek engineering yg susah2..tahniah.!!

Anonymous said...

Yuran pengajian pengurusan acara total berapa ek?

Anonymous said...

Pengurusan arcara ne sng tak..? Sy baru apply utk pemohonan sesi dec 2014 n choose no1..berminat gak tp sng tk.??

Panda Biy said...

saya dapat tawaran intake december di PMM, kos pengurusan acara, masih ragu ragu hendak pergi atau tidak.

There was an error in this gadget