Firman Allah swt:
"Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya: yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani" (Al-Ahzab: 59)
![]() |
Heliza Helmi... |
Tak patut...
Persoalannya sekarang, saya rasa sayang sangat-sangat sayang. Mengapalah design hijab yang begitu cantik itu tidak menepati syariat Islam? Ada ke patut design hijab yang ngam-ngam paras dada?! Nanti angin tiup ke apa ke..kan da terselak..Tak cantik kan?? Aurat pun terdedah begitu sahaja. Cuma, bukanlah semua hijab kat Malaysia ni "pendek-pendek" belaka. Ada je butik-butik hijab yang semua design dia menutup dada. Alhamdulillah. Trylah pergi ke seksyen 7 shah alam, memang banyak sangat produk untuk muslimah..pandai-pandailah survey..heee :)
Pendapat...
Nak elakkan kaum kita ni daripada pakai tudung,selendang (hijab) yang tak cukup syarat ni senang je, berbalik kepada Tuan punya bisnes.. juallah,designlah hijab yang cantik-cantik tapi dengan syarat labuhkan kain tudung tersebut.. Barulah isu hijab tak cukup syarat ini dapat dibendung. Ini pendapat saya kerana bagi saya setiap perkara yang terjadi berlaku daripada satu titik dan daripada titik itulah menular ke merata tempat.
Saya??
Ya, saya bukanlah seorang yang sempurna tetapi saya ada kemahuan iaitu ingin berubah daripada satu tahap ke satu tahap yang lebih baik dari masa ke semasa, sebolehnya saya nak cepat-cepat-cepat berubah tak mahu lambat sebab usia ni panjang ke tidak bukan kita yang tentukan.. :')
Saya memang suka sangat pakai selendang tak kisahlah apa jenis material selendang tersebut. Ikutkan sekarang ni fesyen dengan kaum hawa memang seperti isi dan kuku, tak dapat dipisahkan. Nak try pisahkan? Cubalah kalau berani! =.=' Hakikatnya, saya sendiri suka berfesyen dan tak ada masalah pun sebab saya da bagi tahu tadikan..banyak sangatlah butik yang menyediakan produk muslimah yang ikut syariat Islam, jangan risau. Silalah boikot produk muslimah yang tak cukup syarat itu..
Lagi labuh lagi bagus!
Meronta-ronta hati ni nak beli shawl yang labuhnya macam gambar kat atas tu!!! Nak sangat...InsyaAllah saya akan berhijab dengan hijab yang lebih labuh juga, itu kehendak saya sendiri... saya sedang berusaha.. :)
Cadangan butik...
Ini paling best, kepada yang tak tahu kat manalah nak beli tudung atau selendang yang meletops atau pun anda macam saya yang tak suka beli barang secara dalam talian (online) jadi...Marilah....Jomlah ke alamat ini: Jalan Plumbum Q/7Q Seksyen 7 , 40000 Shah Alam, Malaysia .
Sini saya panggil Sek.7 Pusat Shopping Muslimah Terbest..haha *merepek* Ok, antara butik yang saya suka ialah butik Inspirasihana , Sugarscarft , Radiusite , Ariani , Cala Qisya , Allya Mysara , Zawara , dan banyak lagi!! :)
P/s: Yang tertutup itu cantik.. Yang tertutup dan labuh itu cantikdan indah :)