Saturday, 4 May 2013

Sayang Kamu!



Assalammualaikum w.b.t




Gerak hati saya, terasa nak sangat update blog tentang mereka yang cukup saya sayang! Cukup saya sayang ya..bukan sebarangan orang tau Cik Kiah Pak Samut.. teheeee.  Oleh itu, dengan pantas saya buka laptop dan sign in blog kemudiannya tercengang......nak mula macam mana la ni.. Saya da biasa sangat melalui saat-saat blur bila mahu start menaip ni .. emmm tapi sebelum saya menaip dengan panjang lebar lagi. Saya nak nyatakan sesuatu...bahawa entri pada malam ini tak ada kaitan dengan sesiapa pun dalam famili saya, mereka ada kaitan dengan saya sorang jew..ok nampak tak kengada-ngadaannya di situ..? *habis bahasa melayu*




Dari kiri Bella, Mun & Syemi. Gambar kredit kepada Syemi ;)

 Inilah mereka yang saya sayang, kenal tu tak lama pun..tapi kenapa entah hati ni macam rasa seronok je bila kenal mereka adik-beradik ini. Haaa yup! saya rapat dengan adik-beradik ni.. comel,cantik, manis dan awesome la..! hehe Walaupun mereka muda daripada saya, tak semestinya saya tak boleh nak ngam, lagi pun beza umur tak jauh sangat,.. Untuk pengetahuan rakyat jelata sekalian, kalau nak berkawan tu tak payah kira status ke, umur ke, bangsa ke...dan lain-lain. Apa yang paling penting hati kita ni, kawan biar ikhlas. :)



 Mun(18) selaku kakak, diikuti dengan Bella(16) dan Syemi(14). Masing-masing ada personaliti tersendiri yang boleh buat saya ketawa setiap kali chat. Rasanya muka ni lambat berkedut kot sebab adanya diorang, selalulah saya ketawa dan senyum je.hehe Kalau nak kata secara fizikalnya, Bella yang baju biru itu sama tinggi dengan saya...kiranya kitorang ni rendah sikit je~ *muka kasihan*



Secara ringkasnya..

 Mun
- Seorang yang sangat caring, ehemmmehemm..malaslah nak puji Mun..haha Mun ni paling suka mengusik saya, humm akak tak suka tau..tau.. :p Lagi satu, Mun ni suka sangat cakap saya kelakar, padahal dia pun sama je.. kelakar jugak.. tak habis-habis dengan pistol dia tu.. Tapi saya ok je..tak gelabah pun sebab saya ada bom dan parang...Sentiasa siap sedia untuk berlawan secara imaginasi dengan penuh emosi..hahaha  :D

 Bella - Bak kata Mun, Bella ni becok dan suara kuat macam speaker! ok Mun yang cakap bukan akak..haha Bella yang paling banyak contact dengan saya melalui Twitter (budak ni ratu twitter..LoL)..bella kalau ada rasa sedih dalam hati , kadang-kadang akan luahkan pada saya dan saya tak kisah :) Kalau ada problem just share je..saya faham, bila pendamkan dalam hati..sangat menyakitkan. Jujur ni  ;)


 Syemi - Syemi  paling muda dan dia yang paling manja..heeee  selalu kata rindu kat kak wawa.. comelkan?? :D  Syemi jaranglah contact, mungkin sebab Syemi stay kat asrama.. So bila dia balik adalah chat sikit-sikit.. Syemi such a sweet girl and you are beautiful..  :)




Seterusnya gambar yang bawah ni..tak payah hiraukan siapa dia. :D

Yes! This is me 'kak wawa' hehe




Semoga kita kekal berkawan, kak wawa harap.. Semua dianugerahkan kesihatan, belajar rajin-rajin sampai dapat capai cita-cita serta impian dan seterusnya buat Ibu Ayah bangga.. Doakan akak berjaya dalam pelajaran dan juga masa hadapan ye? Entri ni akak taip ringkas je sebagai satu kenangan dan penghargaan, apa yang akak ringkaskan tu memang betul-betul ringkas..hehe padahal korang sangat nice..dan lebih daripada apa yang akak karangkan kat atas tu...Sayang korang! <3




p/s: pertama kali bahasakan diri kak wawa kat blog..uuu rasa tua pulak..haha :p

1 comment:

myezatul aQma said...

persahabatan itu indah..
kwan baik2 ye :)