Assalammualaikum w.b.t
Selamat datang bulan mei!!! Eh bukan..bukan..
Yeay!! da ke bulan lima!!! Eh tak..tak..
Bulan Mei, lama I tunggu you.. erk pelik..
Ok macam ini, Alhamdulillah, lepas bulan April tunggu lama..datang juga bulan Mei ni.. Sweet la si April tu..hehe
Apa mahu buat?
Hmmm..Sekarang ni masih dalam mood cuti semester, jadi nak buat apa ye bulan ni..? Entah la, saya suka rehat dekat rumah je tapi ada la plan nak jumpa dengan kawan-kawan sekolah dalam pertengahan bulan nanti. Kalau tak date dengan diorang macam tak lengkap je cuti sem ni kan. Jumpa kat mana masih dalam perancangan, mungkin tengok wayang/ bowling, aktiviti biasa budak U bila cuti sem la katakan. Lepak kedai kopi tak pernah pulak kitorang buat.haha
Trend biasa... *menguap
Pagi ni #MayWishes tengah jadi trend kat Twitter. Ala macam biasa, bila April pun macam tu jugak. Trend kitar semula...nanti bulan Jun pun gitu jugaklah. So saya pun melayanlah Trend yang ada kat Twitter..melayan sikit je tak sampai meroyan pun... Siapa yang tak layan, rugilah.. sebab apa? Nama pun trend, walaupun trend kitar semula ia tetap trend! Ok..ok I gurau je cik kiah, jangan terasa ye.. :D
Apa yang saya nak?
Jujur saya tak suka sebenarnya buat wish untuk setiap bulan! Yela, bila setiap bulan buat wish bila la saya nak laksanakan.. wish awal tahun pun tak beres lagi.. ni nak buat wish untuk setiap bulan...alahai lemah la, kalau ada yang nak tolong settle kan wish ok la..baru tak bertimbun..hehe
Cuma sebagai umat Islam, pastikan kita sentiasa memperbaiki diri setiap masa. Tinggalkan perkara atau perbuatan yang tak baik dan buatlah perkara yang baik-baik. :)
Berhijrah :)
Jom berdoa!
Doa agar diberi ketetapan hati. |
" Ya Allah, yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepada-Mu." HR Muslim no.2654
" Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu." HR. At-Tirmidzi no.3522, Ahmad VI/302, 315 dan al-Hakim I/525. Lihat shahilih at Tirnidzi III/171 no.2792.
No comments:
Post a Comment