Monday 5 November 2012

UiTM: Rakan Sebilik

Assalammualaikum..

 "Bilik TDM 622"

 "Roommate 3 orang daripada Kelantan."

 Hmm masih terngiang-ngiang lagi keluhan saya sewaktu pertama kali daftar Kolej TDM. Mana saya tak mengeluh,  saya sudahlah pertama kali jejakkan kaki kat Kelantan..serius saya tak pernah langsung berada dalam persekitaran yang 100% Kelantan tiba-tiba masuk UiTM Machang dan dapat roommate yang sememangnya menetap di Kelantan.

 Sedih sangat masa tu, saya rasa macam apa ni..kenapa dengan nasib saya!! Tapi bila saya check senarai nama untuk bilik-bilik yang lain, sememang majoriti penghuni Kolej TDM memang asal Kelantan. Saya pasrah..amboi ayat pasrah itu..

 Berdebar juga untuk bergaul dengan roommate, bukan saya tak suka untuk bergaul,bertepuk tampar,ketawa terbahak-bahak semua...cuma risaulah mereka ni tak nak "cakap luar" mahu 1 sem saya macam orang bisu kat dalam bilik sendiri,.

 Tapi sangkaan saya meleset jauh sejauh-jauhnya...sebab mereka sangat NICE *bangga korang* faham dengan keadaan saya yang memang tak faham langsung dialek Kelantan..hehe  Tapi cuma Lija yang memang asal Kelantan..manakala Syira dan Iera pula dari luar pindah ke Kelantan.. Walaupun saya sikit-sikit cakap "Aaaa? Apa dia? tak faham.." Lija akan ulang balik apa yang dia cakap...sampailah saya dapat 'tangkap' apa yang dia cuba sampaikan kepada saya...huhuhu poor me..


Lija,Iera,Syira dan saya!


 Sayangnya saya tak berapa rapat dengan mereka sebab kitorang sama course tapi lain Group..semua Group C dan saya je Group D..huhuhu poor me.. Alhamdulillah tak pernah gaduh,hehe sebab apa?? sebab korangkan NICE.. Syiralah yang paling rapat dengan saya, sebab apa? sebab muka kitorang sama..*memang tak munasabah punya sebab*






 Inilah Kolej TDM yang cantik lagi menawan, selesa tau kolej ni.. bertuah sangat sebab kolej ni paling baru dan paling bersih berbandingkan kolej lain! Hahaha sedap je aku cakap macam ni kan? Tapi ni kisah benar ok.cuma yang tak bestnya..kolej ni merupakan kolej terjauh dan terpencil berbanding kolej yang lain..








 Selamat datang ke bilik TDM622!! Cantik kot bilik kitorang, kenapa tak menang program 5S ha??? *perasan*






 Thanks to Iera kerana menaja carpet pooh yang comel ni,  nampak tak cadar katil bunga-bunga ni? haa itulah katil saya, tingkat atas..tapi panasnya tak terkata. Lalu saya dan Iera tak pernah tidur kat katil sepanjang Sem 1, kitorang bentang selimut saya yang tebal tu kat atas carpet ni, so tidur la situ...haaa tak percaya la tu..please percaya! =.=






 Ini meja saya, tengok apa yang wajib ada....oh mestilah buku..Salah! cermin mesti ada sebab sambil study boleh la belek muka..*bukan perasan cantik ya*







 Istimewanya bilik saya dapat satu pemandangan yang baik..haha bila bosan tu tengoklah padang bola..ada yang main bola..ada yang main rugby.. hmm bukan best pun..








  Saya mula stay dekat kolej TDM pada 10/06/2012. Macam-macam kenangan saya tempuh, saya banyak kali tidur bilik ni seorang diri sebab roommate saya akan balik rumah untuk setiap minggu!! Diorang selalu ajak saya ikut balik, tapi saya jual mahal.haha bukan apa, saya lagi selesa study dan siapkan assignment dekat tempat sindiri..humm memang ini jela tempat saya kat Kelantan..hehe Tapi saya selalu juga menjadi penumpang terhormat bilik TDM412 , bilik kawan saya dari KL dan Kelantan.. jangan risau, saya selamat. *wink*

 Harap-harap semester 2 nanti dapat kolejlah..

1 comment:

mamal said...

macam sempit la pulak kan bilik dia?