Wednesday, 7 November 2012

Kawan Di Mana?


 Saya mempunyai kawan. Ya! Terlalu ramai kawan sampai tak terkira. Begitu juga dengan peminat tapi boleh dibilang dengan jari sahaja..haha Tapi saya terlalu tertanya-tanya sejauh mana hubungan,pertalian persahabatan ini akan berkekalan.

Sampai bila agaknya?


Kawan sekolah rendah




 Sangat meriahkan masa sekolah rendah, saya pernah jadi pengawas ketika usia berapa tahun tu saya tak ingat. Macam-macamlah perangai, bila waktu rehat semua cepat-cepat turun ke kantin ambil tempat yang paling best. Selepas itu makan pun cepat-cepat sebab nak join kawan-kawan main kejar-kejar ataupun rebut tiang. Soal kawan tu memang silih bergantilah, darjah 1 sampai darjah 6 kawan baik saya bertukar-tukar berikutan turun naik kelas untuk setiap tahun kannnnn.haha

 Tahu tak sekolah rendah ni saya sangat aktif dalam sukan bola jaring dan pernah wakil sekolah. Tak menang pun. Saya asyik teringat dengan seorang budak ni laaa...err siapa nama dia ni?! Dia sangat rapat dengan saya dan dia anggap saya sebagai kakak dia...huuu tapi saya ingat muka dia je..nama dah tak ingat dah, macam mana nak search kat FB~



Kawan sekolah menengah




 Ini zaman mencabar sikit sebab rata-rata mula nak bergaul lebih bebas, kawan saling pengaruh kita nak buat itu ini,pontenglah.. Mana yang pretty dan handsome akan menjadi kegilaan, orang mula mencari mereka dalam MySpace dan FB. Mulalah mereka upload gambar muka mintak penyapu. huu sorry ayat terkasar pula~

 Saya pula orang sederhana dan biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah saya dikeliling kawan-kawan yang baik. Saya mula bertudung bila bergaul dengan mereka. Selesanya saya dapat kawan yang baik, mereka bukan pasif ya..ada yang terlebih aktif dan sukar untuk dikawal, ada yang kelakar tahap nak pecahkan perut saya. Tapi penampilan mereka menyejukkan mata memandang.



Kawan Universiti



 Saya terasa seperti orang paling bertuah dalam dunia ni, bayangkan untuk semester 1 ni saya dikelilingi kawan yang baik belaka. Untuk pengetahuan semua, kelas saya untuk semester 1 99%  perempuan cuma seorang je lelaki.Cool~ Kawan dari setiap negeri baiklah..tak ada pun yang annoying. Bertuahkan?
Jadi harap-harap semester 2, saya akan dikelilingi gegurl yang baik-baik.



Kawan alam rumah tangga



 Huish, dah kahwin nanti saya edit post bahagian ini ok? haha


Mana kawan?

 Alamak, tak terkira.. bagi saya semua yang pernah berkawan dengan saya, saya anggap mereka kawan baik. Kadang-kadang macam diam tak call tak text bertahun-tahun pun saya masih anggap kawan lagi tau. Sekarang mereka jauh, suatu hari nanti jadi jiran sebelah rumah pula.. Siapa tahu kan??

 Buat masa sekarang ni kawan-kawan lama dan baru kenal semua ada kat FB, tak ada maknanya nak kata dah tak kawan ya..

No comments: