Tuesday 19 November 2013

Terukir Sesuatu Dihatiku


Assalamualaikum w.b.t

 Pada tarikh 16 November 2013, saya ke laman facebook dan baca la apa-apa post yang menarik.. hati saya tertarik dengan satu post yang di 'shared' oleh seorang kawan saya. Post itu milik page Indahnya Berpurdah. Lantas saya like page tersebut dan mulalah membaca, rupanya banyak sangat info menarik dikongsikan! Pada malam itu jugaklah saya terasa ingin berpurdah suatu hari nanti! Jika diizinkan ingin secepat mungkin berpurdah/ niqab kerana ada keistimewaan dan kelebihan wanita yang berpurdah ni. Doakan saya. Saya cemburu dengan kekuatan hati dan iman mereka. :')

Al-Hijaab


 Saya mula survey Butik menjual Niqab dab baca kisah-kisah wanita yang berpurdah... kenapa saya sibuk buat research? Inikan ilmu juga, saya tak suka terfikir-fikir dan buat pandangan sendiri...bila baca baru faham dan puas hati :) Saya pun bukanlah bagus..mungkin tercorot... tapi saya berusaha mencari info dan baca sampai faham perdebatan mengenai purdah ini. Sekurangnya, taklah tergolong dengan kelompok manusia yang suka-suka menjadi hakim tapi KOSONG.. Itu ini tak tahu tapi komen bukan main lagi... nasihat saya, tak tahu tanya, malu bertanya sesat jalan..tak tahu, jangan main serang dengan komen yang pedas! Mana letaknya adab sesama manusia? Sedih...apa yang akhirnya penyerang ini dapat? Dapat malu je la.

Kata Ummi,
 Saya maklumkan hajat saya untuk berpurdah suatu hari nanti kepada Ummi, alhamdulillah Ummi tidak menentang malah Ummi kata, "Kalau Wawa berpurdah Ummi pun nak ikut sekali...." sambil tersenyum... Wahh Ummi... :)  Tapi Ummi ingatkan supaya kukuhkan dahulu perkara yang wajib dan kena ingat melangkah ke peringkat yang baru ni memang banyak halangan. Lebih lagi orang sekeliling saya bukan dalam kalangan mereka yang berpurdah. Saya faham tu...

 Ada satu cerita!
 Semalam, semasa di stesyen minyak.. saya termenung ke arah luar tingkap kereta dan mata saya tertumpu pada wanita yang duduk dibahagian penumpang kereta sebelah. Memang kurang jelas, tapi dalam hati saya kata, 'mesti pakai tudung labuh..cantik :) '  Tidak lama kemudian datang pemandu kereta itu,... wajahnya berseri, mengenakan jubah hitam yang longgar berstoking pada kaki juga lengannya serta mengenakan tudung labuh jenis satin berwarna hitam yang menutup dada, bahu dan belakang. Saya cepat-cepat tunjuk kat Ummi, Ummi pun kata cantik dan sejuk mata memandang. :) Rasa senang je tengok cara pemakaian wanita-wanita itu. Mereka pun berlalu. Mata saya agak aktif petang tu, hehe jadi pandang pula kereta yang tak jauh dari kereta saya.. tiba-tiba ada seorang wanita berjalan masuk ke kereta itu...saya sempat tunjuk kat Ummi! Kenapa saya beriya panggil Ummi? sebab kali ni saya nampak wanita mengenakan Niqab! Hati gembira tak terkata, mana taknya saya baru je buat research dan pasang niat. nah ditakdirkan bertemu dengan wanita-wanita muslimah itu... sedangkan saya ada terfikir susah betul untuk terserempak dengan mereka yang berpurdah/ niqab. Lalu Ummi pun bagi kata-kata semangat, "Itu tandanya hidayah... suatu hari nanti Wawa akan berpurdah.." Ameen. Doa seorang ibu :)

Kata Ayah,
 Itulah kisahnya, rentetan daripada keinginanku yang meluap-luap itu Ummi pun bagi tahu Ayah yang saya ni nak pakai purdah. tetttt Ayah tak izinkan, kata Ayah.... cukuplah pakai tudung yang labuh atau bulat tuuu *fahamlah maksud tudung bulat Ayah kata tu* hehe Bila da pakai macam tu jangan pakai seluar jeans semua tu. Haaa disini jawapannya saya kena simpan niat ini dahulu, saya terasa lucu mesti Ayah pelik dengan hajat anak dia ni...tak pernah-pernah la katakan..Walaupun saya tak main-main tapi saya redha dengan keputusan Ayah...sebab;

Rasulullah s.a.w bersabda; Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. :)

Al-Hijaab


 Saya tahu, banyak perkara perlu dilengkapkan sebaik yang mungkin. Permulaan kenalah tukar cara pemakaian ni, labuhkan longgarkan dahulu sebab tutup auratkan wajib. Perlahan-lahan...Saya juga banyak baca komen di page Indahnya Berpurdah, komen yang berkisarkan Gadis Remaja Ingin Berpurdah, ada macam-macam komen! Tapi saya tertarik pada satu komen yang bunyi lebih kurang macam inilah, "tak apa untuk mencuba, lama-lama datang niat dan keikhlasan.." sebab ada orang komen jangan main-main untuk berpurdah..




 Pada pandangan saya, biarlah datangnya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baik itu...janganlah kutuk ke apa, sebab orang tu nak cuba benda baik, benda yang bermanfaat bukan benda yang merosakkan. Contohnya, Cik A tak pernah mengenakan mini skirt sebab rasa rendah diri dan tak pernah pakailah katakan, designer pun kata you try la dulu..da cuba baru tahu.. tup..tup... Cik A cuba dan jatuh hati pada mini skirt tersebut.. ni benda tak baik ni..tapi masyarakat kita taklah bising sangat.. Pada suatu hari, Cik A terasa ingin cuba berpurdah dan menyatakan hasratnya di dalam laman sosial.........haaaa kena hentam teruk, mulalah orang cari kisah silam la...tak percayalah...macam-macam, apa kata doakan je yang terbaik.. Senang cerita :) Tapi saya tahu bukan semua orang suka kutuk mengutuk ni, segelintir pihak aje yang agak terebih emosi bukan majoriti.

 Yelah daripada mencuba fesyen barat atau muslimah yang tak muslimah sangat (Jubah yang nampak bentuk badan) lebih baik mencuba untuk berpakaian mengikut syariat atau pun mengenakan purdah.. terpulang.. lepas tu jangan lupa membaca! Penting sangat membaca ni.... sebab untuk pengetahuan diri sendiri agar jadi lebih baik dan menjawab soalan-soalan wartawan. Faham sendirilah kan.. ;)



 Kesimpulannya, penulisan saya kali ini ialah berkaitan dengan cinta pandang pertama terhadap page Indahnya Berpurdah, keinginan saya untuk berpurdah, pendapat Ummi saya dan Ayah serta pandangan saya tentang satu isu diatas. Itu sahaja..
Doakan yang terbaik untuk saya, begitu juga para pembaca yang rajin membaca. Terima Kasih ya!

Dibawah ini saya sediakan link yang sangat menarik!

1. Butik menjual Niqab? SINI 
2. Shawl labuh? SINI tak pun beli kain pastu hantar kedai jahit tepi.. lagi puas hati! :D
3. Aurat wanita? Haa terbaik sebab penerangan lengkap. InsyaAllah ;) SINI
4. Aurat wanita lagi?  secara ringkas  ... SINI
5. Soal niqab? Penting lepas baca penulisan tu..baca komen sekali, baca semua!! Baru tak salah faham :) SINI
6. Datanglah ke Blog ini... penulis berbicara dengan bahasa sempoi, penyampaian menarik... SINI









1 comment:

Zubaidah said...

ya Allah! wawa! rasa macam gembira sgt baca entry wawa nie. even akak tak berpurdah lagi, tapi kalo dengar je kwn2 pasang niat nak berniqab ke, pakai hijab labuh je, mmg suka sgt. kawan akak pown dah ada yang pakai purdah. kenal tak akak siti hajjar??? dye komander kesatria negara dulu. senior IM jugak, satu kelas dengan kak asma, kak amni. dulu dia biasa2 jugak dalam pemakaian, macam kita2 nie. then start part 4 x silap, dye pakai hijab labuh, siap jahit sendiri hijab2. mmg byk pahala dye dapat kan dengan hasil tangan dye sendiri ???? and then sem 5 dye berniqah, masyaAllah, mmg drastik tapi itu lah yg membuatkan akak cemburu pada dia. dia kuat utk satu perubahan. bukan senang taw nak berhijrah nie. so untuk wawa, takpe, apa2 saja niat untuk ke arah kebaikkan, Allah akan bantu, percayalah :)