Friday 6 January 2012

Pertama kali kerja...



Hai ,
Hari dapat juga saya ambil masa untuk update blog dengan sepenuh hati dan sepantas kura-kura saya menaip..hehe sepantas kucing pun susah apa lagi kuda!

Haa, saya nak share berita gembira..yang saya sudah pun dapat kerja . Lepas SPM siapa yang larat nak duduk rumah lama-lama..saya tak larat duduk rumah macam orang tak ada hala tujuan..hehe serius bosan duduk rumah..

Saya cukup bahagia bila 2/1/2012 diorang call suruh masuk kerja 3/1/2012...sebab bulan 12 saya ada interview ..katanya masuk 5/1/12 ..tup..tup... dia suruh masuk awal.! Terkejut kura-kura ...eh sejak bila saya ada kura-kura??? Esoknya dengan pantas kilat saya pergi kedai gambar untuk ambil gambar saiz passport dan bergegas ajak ummi pergi beli seluar hitam dan baju kemeja putih.




Menaip sambil minum air sirap sejuk dan choki choki..hehe
yang kuning tu pass kerja dan sampul putih tu ada punch card .. :)




Kerja apa?

Ini soalan biasa, saya keja dekat The Store department D'urban (baju lelaki tu la...) Hmm pasal gaji tu, biasa je..tak banyak pun, saya tak berapa ambil pusing pasal gaji ni..sebab setakat lepasan SPM tanpa result! haha boleh la kan...sementara tunggu result tu dapatlah saya cari pengalaman kerja. Lagi pun dekat dengan rumah..bawa motor sekejap je sampai...Photobucket


Pertama kali.....

Ya! Pertama kali saya kerja dan saya seronok..hehe sebab kerja saya ni tak susah pun , lipat , gantung, cari saiz , kemas-kemas counter , dan tulis kat cash bill itu je.. Mula-mula tu kekok jugalah nak lipat baju kemeja..bukan boleh ikut suka hati tau , ada step kalau tak baju tu tak muat nak letak dalam plastik yang segi empat tu...hehe

Lepas tu ada cara untuk lipat seluar dan susun betul-betul sampai kemas.. ala macam kerja suri rumah..hehe Tapi counter jenama lain tak adalah teliti macam counter saya jaga ni... contohnya counter lain susun seluar ada senget-senget pun okey..tapi saya punya kena kemas je.. dari sini saya belajar untuk lipat pakaian biar semua sama saiz...tak ada terkeluar sana sini... haha

Promoter saya tak banyak cakap macam promoter lain, dia akan cakap bila saya tanya je..atau dia nak ajar saya..kalau tak dia diam dan buat kerja dia..macam kira itu dan ini... masa kali pertama tu rasa macam ,

apalah nasibku dapat promoter pendiam dan serius , tak seceria promoter lain.... 

Tapi itu tanggapan pertama saya. Hari ketiga, saya dah faham cara dia macam mana.. saya dah boleh in dengan dia..hehe dia akan borak-borak dengan saya bila 15 minit nak balik.., betapa dia serius dalam kerja dia walaupun sebagai promoter sahaja..oh dia wanita 40-an bebangsa cina.

Cuma saya agak lengguh bahagian kaki ni
Photobucket lama okey la kot..




Kawan

Emm lagi apa ye...ha! Kawan-kawan seperjuangan baik-baik belaka.. semua happy je...tak kira jantina dan bangsalah katakan..couter saya depan sekali dekat dengan cashier , so saya pun okey dengan diorang ..


Layanan terhadap costumer ..

Saya bagi layanan  A+ lah kat diorang..haha Saya suka bila ada costumer taklah bosan hidup saya, hehe bila costumer nak beli baju lagi saya suka sebab dapat tulis dekat cash bill! haha sangat jakun ini olang... Saya tak marah pun kalau orang punggah baju sebab baru ada kerja..kalau tak ada orang usik baju ..saya jadi bosan ...


Ohh lagi satu ! Saya dah pandai guna mesin jahit ...haa semalam masa tak ada costumer saya katalah dengan promoter saya...

Auntie saya nak belajar jahit tau.... Photobucket

Dan dia kata boleh... so saya mintak tolong kawan untuk ajarkan saya pakai mesin tu, kira saya dah boleh jahitlah hujung seluar..kalau ada orang nak potong seluar nanti, tapi saya belum mahir lagi , sebab baru belajar semalam..hari ini saya nak cuba lagi sampai pandai! Sebab tak lah susah kalau diorang mintak jahit seluar , tak adalah saya kurang kabut cari orang untuk jahitkan...



Okeylah sampai sini saja saya share pengalaman bekerja .. ada cerita best saya cerita lagi ek? hehe
Photobucket


p/s : Ummi saya pesan, buat kerja niat kerana Allah s.w.t  . Tak kira apa pekerjaan yang kita lakukan..buatlah sungguh dan gunakan peluang yang ada untuk saya kutip pengalaman..Jangan makan gaji buta...





8 comments:

R Machomil said...

Nk dtg gak la... bkn nk bli bju tp nk sepah2 kn baju... hehe

cybah said...

emoticon kucing tu comel hihi ;)

Zahirah said...

Best kalau dapat buat sendiri untuk seluar tu. Tak perlu hantar kedai. Hoho. Tapi pengalaman kerja sangat BEST walaupun penat. Pulangan pun lumayan. Ok la tu :)

zhuhairi said...
This comment has been removed by the author.
zhuhairi said...

Aq keje x dpt2 ni smpai genap 1 bulan lbih.. Tunggu result spm punya pasal boring duk umh je duit x masyuk..

Wandamotions said...

PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

1.Perempuan
2.Ada transport
3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
7.Mahir menggunakan komputer

Tugas keja
1.Iron
2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
3.Promote barang
4.Layan customer
5.Edar flyers
6.Urus barang poslaju
7.Kira stok
8.Urus kerja online di komputer

Gaji RM1000-RM1200

Berminat hubungi 0139201910

ushe said...

Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523


BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
ushafinance735@gmail.com
Whatsapp +447918234523

max william said...

Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182