Hai :)
Inilah entri pertama saya untuk bulan 1 tahun 2012 , jadi saya mahu berkongsi tentang AZAM 2012 boleh?
Boleh..boleh...
Silakan...silakan...
Wah! terima kasih kepada pembaca blog saya secara live dari rumah saya ,
anda sangat saya sayangi .
Apa perbezaan antara AZAM dan IMPIAN?
Hmm, saya ringkaskan maksud dua perkataan ini dulu...
Azam ialah kemahuan yang sangat kuat , kira bersungguh-sungguh la untuk mencapai cita-cita.
Impian ialah sesuatu perkara khayalan atau angan-angan..senang kata macam mimpi la..
Sebab itulah semua orang dan cikgu ajar kita untuk tanam azam pada setiap tahun baru benih yang kita tanam itu bercambah menjadi sebuah kejayaan jika kita bersungguh-sungguh..
Kalau tanam impian pada setiap tahun baru jadi apa? tak jadi pape pun, hehe tapi lihat kepada maksud perkataan tersebut dan faham sendiri :)
Saya seperti guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar murid dengan tak bersungguh-sungguh..
Saya takut meletakkan azam..sebab biasanya 5 azam saya senaraikan , tapi 1 1/2 je tercapai. Sedih tahu bila apa yang kita sasarkan tapi tak dapat...sebab kelalaian diri sendiri buat tak bersungghuh-sungguh..hasilnya, 1 1/2 / 5 la....
Saya memang sedih bila jadi macam ni ,.
So awak down?
Saya tak down..saya up! haha Tak ada istilah down untuk tahun 2012 ya.. saya tak nak down tak tentu pasal..buang masa je kan.
Senarai top 5 azam tahun baru Nur Najwa :
- Mahu berubah menjadi seorang anak / gadis/wanita/perempuan yang lebih baik dari sebelum ini
- Belajar ilmu agama dengan lebih mendalam .
- Apa-apa jadi , saya tetap nak sambung belajar (Universiti /Politeknik /Kolej /Form 6 )
- Kurangkan hiburan yang melalaikan..insyaAllah..
- Serius saya tak nak sebut perkataan B.O.S.A.N lagi! Sebab saya sudah rimas dan rasa macam apa je bila asyik mengadu bosan dekat Ummi or blog..macam mengada-ngada je kan? hehe Kalau saya ada taip ayat ini "Saya bosan betullah ...sebab ...." sila tegur tau.. hahaha
7 comments:
tu lah kan, takutnya lah nak meletak kan cita-cita tu yang paling tinggi but i hope you'll be as your dream =)
tau tak pe scha... T__T
amin..same2 kita berusaha :)
wish u all de best ye dik (",)
thanks kak dylla :D
saya banyak impian daripada azam..hahaha
so abang H.J ni cukup suka bermimpilah ...hehe
hehe..gudluck cpai azam tu..azam yg ketiga tu sama lah..:)
Post a Comment