Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Sunday, 14 August 2011

Kururu Task

Untuk join klik sini ok..

Ini merupakan Task yang terakhir , dan Kururu tanya soalan yang buat saya betul-betul terfikir ...Sejauh mana saya akan jadi tukang taip kisah apa-apa je dalam dunia blog ini..

Matlamat dan harapan saya ialah kekal dalam dunia blog sampai saya dah berusia kelak , saya mahu blog menjadi tempat untuk saya berinteraksi dengan orang ramai melalui sistem bacaan . Walaupun angka follower saya sikit , andai kata 3 tahun akan datang blog saya tetap under 200... Saya tak kesah , yang penting saya boleh menaip mengenai kisah dan kenangan saya dalam blog saya , tanpa menjaja atau mengutuk masalah peribadi orang lain atau hal politik atau kisah artis atau kisah mak cik senah kahwin lagi....



 Semoga Blog Saya Kekal Bersih daripada Gosip Panas... =D

sekian , 
Terima Kasih kepada Blog "INVASION" PLAN!! 


Senarai 5 Alien Task   "INVASION" PLAN!! yang sudah saya siapkan... =)
  1. Keroro Task
  2. Tanama Task
  3. Giroro Task
  4. Dororo Task
  5. Kururu Task

Dororo Task


Untuk join tekan sini ok.

Memandangkan saya sangat hijau dalam dunia blog ni , jadi saya tak sempat nak explore dalam-dalam tentang blog dan blogger,..

Saya jadikan blogger famous iaitu Ben Ashaari dan Cantik serta bijak iaitu Fatin Liyana sebagai idola saya..Sekaligus saya jatuh hati pada Blog mereka .

Tapi saya banyak juga blog kegemaran ....Saya senaraikan 10 yang paling saya suka !

  1. The Other Khairul
  2. TAZKIRAH
  3. .:the truth of me:.
  4. Belog UBi
  5. "INVASION" PLAN!!
  6. Solicious StoriNori
  7. L I F E
  8. dside.zeeck
  9. syarifah najihah
  10. iMBobo

Banyaknya... setiap blog yang saya suka ni ada keistimewaan sendiri dan salah satu daripada senarai adalah blog kawan saya =D

Tapi banyak agi sebenarnya , senang kata mana-mana blog yang saya follow , itulah blog kegemaran saya !


Sekian Geroro Task , entri berikutnya ..dan merangkap task yang terakhir ialah Kururu Task..

Giroro Task

Untuk join klik sini ok...

Ini soalan serius dari Giroro...

Kelebihan diri

  • Boleh jalan tanpa stop dari pagi sampai petang
  • Pandai make up orang 
  • Jalan pakai kasut tumit tinggi dengan baik
  • Boleh bertukang 
  • Bereskan kerja elektrik dengan sendiri di bawah awasan guru
  • Suara yang tak nyaring , maksudnya orang dengar tak sakit telinga..haha
  • Pandai bawa motosikal...hehe
  • Tak mudah tertarik untuk beli gadjet terkini yang boleh habiskan duit =P
  • Boleh menilai seseorang melalui mata.. (macam magik pulak)
Kekurangan diri
  • Cepat terasa dan merajuk
  • Tak pandai matematik
  • Mudah mengalah
  • Terlalu cepat menangis
  • Akan timbul rasa marah bila orang langgar bahu tapi tak minta maaf
  • Selalu habiskan duit untuk beli baju , lepas tu guna sekali je
  • Geli dengan semua binatang dan serangga kecuali kucing
  • Tak yakin untuk cakap dalam bahasa inggeris
  • Suka simpan dalam hati kalau terasa  
Sekian entri Geroro Task ...next Dororo Task..

Tanama Task

Untuk join klik sini ok..

Saya suka Tanama yang baik dan sangat comel ni..
Tanama tanya ciri-ciri jejaka idaman saya....hmmm sini saya cerita sikit =D


  • Mesti lebih tinggi dari saya
  • Simple
  • Penyayang
  • Pemurah dan tak kedekut
  • Sayang diri saya dan keluarga
  • Baik dan berbudi bahasa
  • Pandai buat lawak (sayakan suka ketawa..)
  • Boleh buat saya senyum
  • Ringan tulang
  • Boleh menangis depan saya
  • Bertanggungjawab dan boleh berdikari
  • Pentingkan Family
  • Boleh temankan saya bila-bila masa
  • Hormat kaum wanita
  • Terima saya seadanya..
  • Boleh jaga saya
  • Cintakan saya sampai muka saya berkedut seribu nanti !

Sekian entri Tanama Task..Lepas ni Giroro Task... 

Keroro Task

 Untuk Join klik sini ok...

Keroro minta saya untuk cerita tentang diri saya... kira kiroro nak berkenalan lah ni..hehe =)


Kad Pengenalan
Nama : Nur Najwa
T/Lahir : 20/04/2011
Status : Pelajar Sekolah Tingkatan 5
Sekolah : SMK Shahbandaraya
Kenderaan ke sekolah : Saya bawa encik nouvo hensem =D
Subjek elektif : Prinsip Perakaunan , Ekonomi Asas dan Tasawwur Islam

Blog
Mula : Jun 2011
Nama : Pretty And Dito
Kenapa? nama blog saya sempena nama dua patung beruang kesayangan saya.. =D

Personaliti 
  • Suka senyum
  • Suka cakap dengan kucing (comelnya..)
  • Lembut (family , kawan , cikgu dan jiran....rata-rata cakap saya lembut )
  • Susah nak buat pilihan , kalau dah pilih sesuatu ...saya mudah rasa menyesal .
  • Agak pemalu (betul tak tipu..)
  • Tak suka cakap kasar (memang saya tak reti langsung)
  • Suka ketawa walaupun orang tu buat lawak paling bodoh..
  • Suka jaga hati orang
  • Mudah rasa bersalah
  • Sangat takut gemuk
  • Cepat rasa bosan (izaruddin banyak layan kerenah saya hehe)
  • Cepat menangis (contohnya bila kucing saya tak balik rumah 2 hari , saya dah menagis depan rumah)
  • Sangat rapat dengan Ummi ! 

Minat
  • Shopping dekat butik nichii
  • Kasut tumit tinggi
  • Warna kegemaran mestilah pink...gray , white and yellow
  • Aktiviti lasak
  • Cakap dalam handphone lama-lama
  • Membaca
  • Jalan-jalan
  • Main bowling
  • Karoke dengan keluarga 
  • Tengok wayang genre : kelakar dan romantik sikit..
  • Kucing !!!
  • Bergambar...
  • Kumpul kad/hadiah/surat daripada semua orang..
  • Suka sangat dengan kotak yang comel termasuklah kotak kasut
  • Oh ya ! saya sayang patung beruang . Terutamanya bear daripada izaruddin bernama Pretty dan Bear saya yang kecil..saya bagi nama dia Dito.. =D
  • Suka karangan B.Malayu
  • Suka Sejarah bab perang dunia pertam
  • Dan yang terakhir mestilah minat terhadap blog !

Sekian entri Keroro task , lepas ni Tanama Task .. =)





    Thursday, 4 August 2011

    H.J : SEGMEN INSAF

     



    Hai... petang ni saya tertarik untuk join segmen H.J..




     3.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Barangsiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikitpun juga” (HR Tirmidzi, shahih).









    Dalam segmen ni minta kita huraikan hadis di atas ikut apa yang kita faham...


    saya cuma mencuba,,, 


    kalau ada silap.... tegur lah saya..






    hadis nenyatakan bahawa .....
    siapa yang memberi makanan kepada orang yang sedang berpuasa
          kita juga akan dapat pahala seperti orang yang dalam puasa itu....
    pahala yang diterima orang yang sedang berpuasa tidak berubah.
           Walaupun orang yang memberi makanan tadi juga dapat pahala yang sama...


    Oleh itu...dalam bulan puasa ini kan lebih baik kita berkongsi lauk pauk atau kuih muih ...dapat lah kita berkongsi rezeki sama-sama,.. kan,...  =D 




    Inilah huraian daripada hadis di atas.. H.J saya minta maaf kalau huraian saya ni salah...malu rasanya...