Saturday, 17 December 2011

Siapa tahu drama ni...Switched At Birth?



Hai!
Ada tak yang tengok Drama Switched At Birth ? Drama ni keluar dekat channel STAR World..
Dari awal lagi saya dah target nak follow drama ni.. tapi saya tak berdaya untuk ingat waktu dan jadual drama ni ditayangkan huhu sedih-sedih-sedih..bila saya syok tengok , rupanya tu dah episod semi-final tak silap sayalah..jadi tak best tengok separuh jalan,so sekarang ni banyak tengok dekat internet sajalah. nak download tak reti..sedih-sedih-sedih..



 Sinopsis:
Dua gadis remaja yang tidak sengaja bertukar setelah dilahirkan (salah nurse yang bekerja) . Bay Kennish dibesarkan keluarga kaya , dia mempunyai ibu bapa dan abang. Daphne Vasquez pula dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang berpendapatan sederhana, oh ye Daphne ni kehilangan pendengaran masa dia budak dulu. So bila dua keluarga ni bertembung , timbullah macam-macam konfliks . Keluarga Bay dan Daphne kena bersatu untuk mengenali dan rapat dengan anak gadis mereka, dua gadis ni pula ada perangai yang berbeza, tapi keluarga masing-masing tetap sayangi Bay dan Daphne.. Apakah kesudahan drama kekeluargaan ini??  saya pun tak tahu, baru tengok episod 1 malam tadi..haha 
*ni season 1..season 2 akan keluar January tahun depan ..tak sabar nak tengok!!




Dari gambar ni, kita dah dapat teka mana 1 anak diorang yang sebenar.. :) tapi drama ni bukan macam drama indonesia yang banyak persoalan tentang dia anak siapa? dia mak siapa? dia cucu siapa =.=' ? Dari episod 1 kita sudah diberi tahu tentang kes pertukaran ni.. cuma benda tak semudah yang disangka :)


Bay Kennish (Vanessa Marano)




Daphne Vasquez (Katie Leclerc)





Emmet Bledsoe (Sean Berdy)



Suka sangat tengok mata Emmet yang redup dan bewarna sky blue.. :D




p/s: nak tengok switched at birth...tata ...

No comments:

There was an error in this gadget