Sunday 14 August 2011

Segmen Pengalaman Beraya Di Kampung







Klik untuk join segmen kak hira kesayangan saya ! =D
Tarikh tamat segmen ini 14/08/2011 
Jam 11.59pm



 Hai hari ini saya nak cerita pengalaman saya masa beraya di kampung...

 Ikutkan logik saya ada dua kampung , iaitu kampung sebelah ayah dan sebelah ummi . Tapi saya tak berapa suka untuk panggil rumah nenek saya sebagai kampung , sebab kampung saya area bandar.. Tak nampak macam kampung , buka pintu rumah nampak kereta , nampak rumah ,nampak kereta balik.. tak pernah saya buka pintu nampak kebun atau lembu melintas !

Jalan kaki pun boleh .. 

 Tapi ini tak bermakna saya tak suka berkunjung ke rumah nenek saya.. saya cuma tak biasa sebut kampung je., lagi pun dah tak boleh buat apa , zaman dah maju.. Jadi rumah nenek saya turut berubah mengikut aliran zaman. Kebiasaannya saya akan beraya di rumah nenek sebelah ibu dulu , sebab jarak antara rumah mak (panggilan untuk nenek) dengan rumah saya memang dekat. Jalan kaki pun boleh ..

tak tersebut dek mulut tak terlarat saya nak taip ! 

 Bila masuk je rumah mak timbullah perasaan gembira dan semangat untuk beraya ,. Setiap perabot dan perhiasan rumah mak mesti ada SERI.. dan Mak..Pak Cik , Mak Cik serta Sepupu-sepupu semua mesti pakai baju raya mengikut tema masing-masing. Sebelum bersalaman , mak suruh kami SEMUA makan dulu , macam-macam juadah mak sediakan.. tak tersebut dek mulut tak terlarat saya nak taip ! Hebatkan mak saya !

nafsu makan tu meluap-luap

 Banyak-banyak lauk , saya suka makan kuah lontong (betul ke ejaan?) dan kuah kacang yang mak masak , walaupun nafsu makan tu meluap-luap saya tetap kawal makan , sebab tak nak perut bucit masa hari raya pertama... nati nak pakai baju kebaya ..hehe Apa-apa pun air tangan mak paling best  , sebab itulah ummi masak sedap...ada keturunan rupanya =D (ummi wawa puji ummi! nak duit raya lebih..hehe)

maaf zahir dan batin

 Perut dah kenyang , hati dah senang dan pipi dah bulat .. Tibalah waktunya , untuk kami bersalaman dan mohon maaf zahir dan batin . Masa bersalaman memang saya tak nafikan , perasaan saya cukup tersentuh dan terharu.. Setiap kali bersalaman mesti mengalirkan air mata , saya dapat rasakan hubungan kekeluargaan semakin rapat . Saya sayang Ummi dan Ayah serta semua ahli keluarga yang lain.

gambar mesti nak nampak Cun dan ceria ! 

 Ya , , mood sedih kena kawal sikit , tak nak solekan jadi comot ..hehe , melawak je . Selesai bersalaman dengan hati yang tenang.dan dapat duit raya yang banyak... Tadaaa... masa untuk bergambar.... masing-masing keluarkan kamera ! baiklah , cepat-cepat sapu air mata dan betulkan tudung...dalam gambar mesti nak nampak Cun dan ceria ! Mood dalam gambar sangat penting , sebab dari situ kita boleh ingat..dan imbas kembali tentang situasi yang berlaku .

Lepas beraya di rumah mak , kami ke rumah nenek saya sebelah ayah pula. Tak jauh pun , area Selangor juga =D 


 Oh ya , dalam hari raya ke-7 ... kami (kelurga sebelah Ummi , akan beraya di Negeri Sembilan..iaitu kampung kelahiran arwah atuk) di sini barulah saya dapat rasa suasana kampung yang sebenar , sepanjang perjalanan kekadang ada lembu tepi jalan !! Seronoknya... lepas tu ada banyak lagi rumah kampung dan rumah atuk sedara saya ada pokok rambutan ! Rumput kat rumah dia ada bunga kecil warna kuning ! Sangat cantik....




Wah ! Seronoknya hari raya !! inilah pengalaman yang saya nantikan setiap tahun.. Sangat indah...




4 comments:

Zahirah said...

thanks for joining adik sayang! :D

walaupun dekat, nak buat macam mana kan? redha je la. huhu. manusia sekarang kan dah berubah mengikut peredaran masa. up to date kata mereka. hehe.

wajib bagi akak sekeluarga ada tema baju raya tiap-tiap tahun. best! ;D masakan ibu masing-masing sentiasa yang terbaik bagi anak-anak mereka. biasalah tu. air tangan ibu :)

dah betul dah ejaan lontong tu. akak tak favourite pun. tak tau apa yang favourite masa raya. hahaha. baguslah kalau mak najwa ikut jejak langkah nenek. baru la sehati sejiwa ;D

part bersalaman memang wajib pagi raya! best~ ambil gambar apa semua. kemudian, baru jalan-jalan ke rumah sanak-saudara.

suasana kampung sangat best! suka sangat~~~~~ :D

p/s: tunggu senarai peserta pagi esok untuk segmen ni eh? huhu

Zahirah said...

adik najwa, senarai dah keluar! hehe :D sila terjah mereka ye :)

http://zahiradzul.blogspot.com/2011/08/senarai-peserta-segmen-pengalaman.html

Kancil 8349 said...

Salam perkenalan daripada Kancil

datang dari segmen yang sama...
wah bestnya...dekat je nak bergerak kan...hehehe...ndak apa...carilah husband yang ada kampung nanti...hehehe...gurau je

jomlah singgah ke blog kancil, kalau sudi

http://kancil8349.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html

Anonymous said...

hai hai. baru sempat singgah sini thru segmen yg sama.

suasana kampung mmg best. heee. :)

jemput dtg blog.

http://lurvemycadbury.blogspot.com/2011/08/segmen-pengalaman-beraya-di-kampung.html